Boleh kata kebanyakan orang pernah mendengar
namanya. Tapi mungkin ramai yang tidak mengenalinya dengan
lebih dekat. Berikut dinyatakan serba ringkas mengenai
AmanahRaya atau nama penuhnya Amanah Raya Berhad.
Amanah
Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang
Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan
sejak tahun 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah
Akta Syarikat 1965. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh
Kerajaan dengan pegangan saham oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama lebih 89 tahun dalam
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, AmanahRaya kini
muncul sebagai syarikat pengamanahan dan pewarisan utama
yang mampu mengurus aset secara profesional. Selain daripada
pengamanahan korporat, AmanahRaya menawarkan pelbagai
pekhidmatan yang meliputi: Pentadbiran Harta Pusaka berwasiat dan tidak berwasiat,
penulisan, penyimpanan dan perlaksanaan Wasiat serta
pengurusan pelbagai Akaun Amanah bagi kepentingan
benefisiari tertentu mengikut hasrat pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan oleh AmanahRaya sentiasa
memberi jaminan kewangan yang optimum kepada semua
benifisiari serta ahli waris yang berhak.
WASIAT
KERAMAT -
AMANAHRAYA
Nyanyian: Ramli Sarip
8 SEBAB MENGAPA MEMILIH AMANAHRAYA
BERPENGALAMAN
AmanahRaya mempunyai pengalaman lebih daripada 89 tahun
(sejak ditubuhkan dalam tahun 1921) khususnya dalam
bidang pengurusan pengamanahan dan pewarisan yang mana
AmanahRaya mempunyai ramai tenaga-tenaga pakar dalam
pelbagai bidang bagi mempastikan kredibilitinya sebagai
syarikat pemegang amanah kerajaan yang berwibawa. Kini
selepas 89 tahun Amanah Raya masih kekal dan berkembang
malah semakin kukuh.
WASI WUJUD KETIKA KEMATIAN
Melantik individu, peguam atau syarikat swasta sebagai
Wasi atau Pemegang Amanah terdedah kepada risiko
kemungkinan Wasi tersebut meninggal dunia atau
perniagaan 'gulung tikar' terlebih dahulu daripada
pewasiat atau Wasi tidak dijumpai apabila berlaku
kematian. Jika ini berlaku, pewasiat perlu segera
menukar Wasi atau menanggung risiko berwasiat tanpa Wasi.
Oleh itu, melantik AmanahRaya sebagai Wasi merupakan
satu jaminan bahawa Wasi tidak mati dan wujud ketika
kematian anda kerana AmanahRaya adalah agensi penting
kerajaan Malaysia dan InsyaALLAH akan tetap wujud selagi
negara Malaysia wujud dan merdeka.
KHIDMAT PROFESIONAL
Amanah Raya Berhad merupakan sebuah agensi Pemegang
Amanah Kerajaan yang mempunyai tenaga-tenaga pakar dalam
pelbagai bidang dan mencukupi yang dapat menyediakan
khidmat profesional terbaik untuk para pelanggannya.
AmanahRaya bukan sahaja mempunyai pengalaman dan
kepakaran, malah sebagai agensi awam, prinsip
kebertanggungjawaban, bersifat berkecuali dan adil
merupakan antara kekuatan dan kriteria penting pemilihan
Pemegang Amanah.
BIDANG KUASA KHAS
Amanah Raya Berhad merupakan salah sebuah daripada tiga
pihak yang mempunyai bidang kuasa khas mengeluarkan
Surat Kuasa untuk mentadbir harta pusaka selain daripada
Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi, tertakluk
kepada bidang kuasa masing-masing.
AmanahRaya mempunyai kuasa mengeluarkan surat arahan
untuk harta pusaka (harta alih sahaja) yang tidak
melebihi RM600,000. Sudah tentu, ini sedikit sebanyak
akan dapat mempercepatkan urusan pentadbiran harta
pusaka bagi kategori ini.
PENJAMIN DIKECUALIKAN
Bon pentadbiran atau penjamin dikecualikan jika
AmanahRaya dilantik sebagai Wasi di dalam Dokumen Wasiat
anda. Sebaliknya jika tiada wasiat atau jika orang
perseorangan dilantik sebagai Wasi dalam wasiatnya, maka
dua orang penjamin yang mempunyai harta menyamai nilai
harta si mati diperlukan bagi mengeluarkan Geran Probet
(Surat Kuasa) untuk mentadbir.
PERKHIDMATAN WASIAT 'One Stop
Centre'
AmanahRaya menyediakan perkhidmatan wasiat yang LENGKAP
berdasarkan perkhidmatan 'One Stop Centre' merangkumi
penulisan wasiat, penyimpanan wasiat dan melaksanakan
wasiat serta pengurusan harta pusaka. Ini bukan sahaja
akan mengurangkan birokrasi pengurusan pentadbiran
wasiat anda tetapi juga mempercepatkan urusan
penyelesaian harta pusaka kelak.
KOS PERKHIDMATAN YANG RENDAH
Kos perkhidmatan yang lengkap dan komprehensif dengan
perkhidmatan yang profesional daripada AmanahRaya ini
boleh didapati dengan kos yang amat rendah berbanding
dengan kos di tempat-tempat lain. Sebagai perbandingan,
lihat jadual di bawah:
Kos Perkhidmatan
AmanahRaya
Pesaing Swasta / Peguam
Kos Wasiat Asas
Tiada
RM350 - RM1,500
Kos Wasiat
Komprehensif
RM350
RM500 - RM5,000
Kos Pindaan Wasiat
PERCUMA
RM50 setiap pindaan klausa
Kos Penyimpanan
Wasiat
PERCUMA
RM80 setahun; 600 seumur
hidup
Nota
/ Catatan:
Wasiat amanahRaya
hanya ada 1 harga =RM350
Angka di atas
adalah angka purata sahaja
Terdapat juga
lebih dari itu (maka semak dahulu)
PENYIMPANAN SELAMAT, SULIT,
TERJAMIN
Penyimpanan wasiat di AmanahRaya adalah terbukti selamat,
sulit dan terjamin, serta mengikut piawaian
antarabangasa. Bukan itu sahaja, pengurusan wasiat di AmanahRaya
telah menggunakan sistem yang dinamakan
AmanahRaya Will Information
Management Solution (ARWIMS)
iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Wasiat
AmanahRaya yang
canggih dan terjamin yang mana sistem ini juga akan memudahkan
pencarian terutamanya di saat-saat
apabila diperlukan nanti!
AMANAHRAYA DI TV3
'KEPENTINGAN
WASIAT'
Pendaftaran Taklimat Organisasi / Berkumpulan
Kepada yang berminat
untuk mengadakan sesi ceramah mengenai pengurusan harta
pusaka secara berkumpulan di organisasi, jabatan atau
syarikat masing-masing, tuan/puan boleh membuat
pendaftaran dengan mengisi borang di bawah. Untuk
taklimat berkumpulan, peserta mestilah
sekurang-kurangnya 25 orang.
Inginkan Perkhidmatan
Menulis Wasiat atau Hibah?
Maklumat Lanjut
Cara
Pembayaran
Ingin
Menjadi
Perunding Harta Pusaka?
Untuk keterangan lanjut, sila
hubungi talian hotline kami: