|
EJEN
KORPORAT BERDAFTAR
Tidak syak lagi,
Amanah Raya
Berhad merupakan peneraju dalam bidang pewarisan dan
pengamanahan (leader in legacy and trust management
services) di
Malaysia. Mulai tahun 2006, AmanahRaya telah melantik
beberapa syarikat swasta sebagai Ejen Korporatnya bagi
membantu mereka menyebar dan memberikan perkhidmatan
kepada masyarakat.
| |
 |
 |
Surat
Perlantikan
Warisan
MUKMIN Sdn Bhd sebagai
Ejen
Korporat AmanahRaya
|
Bagi menilai
prestasi Ejen-Ejen Korporatnya, pihak AmanahRaya telah meletakkan
satu sasaran dan standard yang tinggi yang perlu dicapai
oleh Ejen-Ejen Korporatnya bagi memastikan setiap
syarikat yang dilantik menepati piawaian yang telah
ditetapkan merangkumi baik dari segi pencapaian bilangan
wasiat serta kualiti perkhidmatan.
Daripada puluhan syarikat yang pada awalnya dilantik,
kini hanya terdapat
8 syarikat
sahaja yang telah berjaya mencapai tahap piawaian yang
telah ditetapkan tersebut. Pada
10 Februari
2010
yang baru lalu, satu majlis menandatangani Kod Etika
Perniagaan Ejen Korporat AmanahRaya telah diadakan di
Hotel Hilton, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.
MAJLIS MENANDATANGANI KOD ETIKA
PERNIAGAAN EJEN KORPORAT
OLEH 8 SYARIKAT EJEN KORPORAT
AMANAHRAYA
pada 10 Februari 2010 (Rabu)
bertempat di Hotel Hilton, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur
Senarai ejen korporat berdaftar boleh di lihat di
laman web AmanahRaya:
http://arb.com.my/partner.html
(klik 'Corporate
Agent')
|
|
PERHATIAN!
NOTIS
PEMBERITAHUAN
mengenai
syarikat-syarikat yang tidak lagi mewakili AmanahRaya
telahpun disebarkan kepada umum dari masa ke semasa oleh
pihak AmanahRaya melalui pelbagai media. Berikut ialah
notis AmanahRaya yang dipetik dari laman web AmanahRaya:
NOTIS AMANAHRAYA!!
(dipetik dari laman
web Amanah Raya Berhad):
Please be informed that
the following companies are no longer Amanah Raya
Berhad's Corporate agents and are not authorized in
representing, act or transacting any business for Amanah
Raya Berhad in whatsoever manner. Amanah Raya Berhad
will not be responsible for any actions caused by these
companies.
S enarai syarikat-syarikat
yang tidak lagi bersama AmanahRaya, layari web
AmanahRaya:
http://arb.com.my/partner.html
(klik 'Notice')
|
|
PEMENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN
Warisan MUKMIN Sdn Bhd
merupakan pemenang Anugerah Kecemerlangan Ejen Korporat AmanahRaya
bagi mengiktiraf kecemerlangan pencapaian jualan
wasiat di Majlis Anugerah Kecemerlangan Ejen
Korporat AmanahRaya 2008.
PERKHIDMATAN LENGKAP & BERSEPADU DI SELURUH NEGARA
Warisan UKMIN menawarkan
perkhidmatan lengkap dan bersepadu produk-produk
berkaitan muamalat Islam melalui
Model Muamalat MUKMIN (3M)
yang merangkumi
5 pelan utama (Pelan 5P) berlandaskan prinsip-prinsip
Syariah iaitu
Pelan Pendapatan, Pelan Perlindungan, Pelan
Pelaburan,
Pelan Penyucian dan Pelan Pewarisan.
Melalui pelan perancangan kewangan yang menyeluruh ini
tentunya akan dapat
meningkatkan keberkesanan
dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti kewangan dan
ekonomi yang dilakukan.
Namun
begitu, perkhidmatan utama dan paling asas WMSB ialah dalam
bidang pewarisan khususnya penyediaan Dokumen Wasiat
kerana
berdasarkan senario masa kini, bidang pewarisan
yang merangkumi isu-isu faraid, wasiat, hibah,
wakaf dan pengurusan pusaka merupakan bidang yang
amat jauh terkebelakang berbanding aktiviti kewangan
lain yang boleh membawa kepada pelbagai permasalahan
seperti perselisihan antara waris, pemilikan harta
yang tidak ekonomik, sehinggalah kepada
pembekuan
harta umat Islam yang bernilai berbilion ringgit
yang tidak dapat dibangunkan secara efektif.
Warisan MUKMIN turut mewujudkan
rangkaian
Pusat-Pusat Perkhidmatan Setempat di
seluruh negara
yang dikendalikan oleh Perunding-Perunding Eksekutif yang
dilantik bagi memudahkan umat Islam untuk
berurusan dan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik,
cekap dan menyeluruh serta mampu memenuhi aspirasi
pelanggan.
KHIDMAT SOKONGAN TERBAIK
Warisan MUKMIN memahami
dan menjadikan sistem khidmat sokongan sebagai salah satu
faktor kritikal dan tulang belakang bagi memastikan kejayaan dalam bidang perkhidmatan
dan jualan seperti ini. Antara khidmat sokongan kami:
 |
Taklimat peluang bisnes
untuk penyertaan Rakan baru dari
masa ke semasa (kami telah laksanakan program ini selama 4
tahun tanpa henti)
- lihat jadual aktiviti akan datang. |
|
 |
Pengisian ilmu
merupakan teras perkhidmatan kami. Kursus-kursus
pewarisan untuk Rakan-Rakan kerap diadakan dari masa
ke semasa - Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian,
Pentadbiran Harta Pusaka serta Takaful Pewarisan. |
|
 |
Kursus Khas
Pengiraan Faraid Secara Cepat
Mengikut Kaedah Az-Zaid
yang dipelopori oleh Tuan Haji Mohd Safri Mahat, CEO
Warisan MUKMIN. Info lanjut
klik di sini |
|
 |
Sistem
pengiraan e-faraid WMSB
yang dikenali sebagai
Kalkulator Faraid MUKMIN (KFM)
telah
dibina khas bagi membantu Rakan-Rakan memberi
khidmat nasihat yang lebih lengkap, cepat dan
berkesan kepada para pelanggan. Pembangunan sistem
e-faraid KFM ini adalah inisiatif WMSB sendiri dalam
memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. |
|
 |
Sistem latihan
'e-Training'
sebagai khidmat tambahan kami. Kaedah ini sangat
berguna bagi mereka yang sibuk dan kurang masa untuk
menghadiri kursus-kursus kami serta berada jauh dari
ibu pejabat. |
|
 |
Setiap Rakan Perunding akan diberi satu
Website
percuma seperti ini
untuk dipromosikan.
Semua kemaskini akan dilakukan oleh pihak kami.
Rakan hanya perlu mempromosikannya sahaja. Mudah,
cepat, menjimatkan masa dan tenaga. |
|
 |
dan banyak lagi... |
|
|