Pengenalan :
Haji Mohd Safri Mahat
adalah Pengasas (founder), Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Warisan MUKMIN Sdn Bhd.
Melalui Warisan MUKMIN Sdn Bhd ini (WMSB), beliau
mempelopori satu model perkhidmatan lengkap dalam bidang Pengurusan
Kewangan Peribadi berasaskan Syariah di bawah jenama
WarisanMUKMIN.
Melalui inisiatif ini, beliau berusaha mengintegrasikan perkhidmatan dan
produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu
yang dikenali sebagai Model Muamalat MUKMIN (3M) yang merangkumi lima
pelan utama (Pelan 5P) iaitu pelan-pelan Pendapatan, Perlindungan,
Pelaburan, Penyucian dan Pewarisan bagi seorang Muslim Mukmin
meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti
kewangan dan ekonomi yang dilakukan.
Latar Belakang
Akademik :
Haji Mohd Safri merupakan graduan UKM dalam bidang
Ekonomi (1986) dan ITM dalam bidang
Perakaunan dan Percukaian (1988). Beliau juga memperolehi kelulusan sebagai Akauntan
Cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dalam tahun 1988.
Beliau juga memperolehi
kelulusan sebagai Perunding Kewangan Islam (IFP - Islamic
Financial Planner) daripada Financial Planning Association of
Malaysia (FPAM) dalam tahun 2010.
Pengalaman Bekerja :
Haji Mohd Safri pernah berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam Negeri
(1986-1988). Melalui kelulusan sebagai Akauntan Cukai di bawah ACP 1967, beliau
telah mula bergiat dalam bidang keusahawanan dengan menjalankan
khidmat perunding cukai melalui syarikatnya, SHAF &
Associates (1988) di ketika usianya 25 tahun.
Konsep baru pengurusan zakat secara
profesional yang diperkenalkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada tahun
1990 telah menarik minat beliau ketika itu untuk berkhidmat dengan
institusi tersebut dan menjadikan beliau sebagai salah seorang perintis
kepada era baru pengurusan zakat di Malaysia.
Bakat kepimpinan beliau terus menyerlah apabila beliau
telah diberi amanah untuk mengasas dan menerajui Pusat Zakat Selangor (PZS) sebagai
Pengurus Besar mulai tahun 1995. Rekod kecemerlangan PZS sehingga
menjadi sebuah institusi tersohor dan disegani di negara ini di samping
menjadi contoh kepada negara luar, merupakan bukti kecemerlangan
kepimpinan beliau bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah diakui di
peringkat antarabangsa.
Namun sifat keusahawanan yang menebal dalam
dirinya telah mendorong beliau untuk melepaskan jawatannya pada tahun
2004, selepas hampir 15 tahun menabur bakti membangun dan memartabatkan
kembali kewibawaan institusi zakat, serta meletakkan zakat berada di arus perdana negara.

Bidang Keusahawanan :
Di samping WMSB,
beliau juga telah
menubuhkan Safri Management Consultant Sdn Bhd (SMCSB) yang memberikan
penumpuan khusus dalam bidang pentadbiran pengurusan dan pembangunan modal
insan. Melalui SMCSB, beliau telah berjaya mempelopori dan mengasaskan model
pembangunan modal insan
J.I.W.A.TM
yang memberi
penumpuan kepada empat (4) komponen teras elemen dalaman manusia
iaitu
Jatidiri, Ilmu,
Wawasan dan Akidah
dalam membentuk dan melahirkan umat yang cemerlang dan berkualiti bagi meningkatkan
ketamadunan ummah. Melalui model pembangunan
JIWATM ini, beliau kini aktif melaksanakan
pelbagai program pembangunan modal insan meliputi pelbagai peringkat termasuk
pelajar, remaja, belia, ibubapa, ibu tunggal, asnaf fakir miskin,
usahawan dan sebagainya.
Peringkat
Antarabangsa :
Di peringkat antarabangsa pula, beliau
sering dijemput membentangkan kertas kerja khususnya berkaitan
pengurusan zakat. Beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada HTHT
Advisory Services Pte Ltd, sebuah syarikat perunding kewangan Islam
swasta di Singapura, sejak 1999 hingga kini. Penghormatan tertinggi
pernah diterima di peringkat antarabangsa ialah sebagai ‘Tetamu Negara’
di Istana Negara, Jakarta oleh Kerajaan Republik Indonesia ketika
membantu mewujudkan Badan Zakat Nasional (BAZNAS), Indonesia, yang
dilancarkan oleh Presiden Megawati Suekarnoputri pada 29 Mei 2002.
Anugerah Pingat :
Atas sumbangan jasa dan khidmat
cemerlang yang telah dicurahkannya, beliau telah dikurniakan Pingat
Pekerti Terpilih (P.P.T.) oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2002.
Ke atas

Rekod Pencapaian
Ketika
Menerajui Institusi Zakat
-
Berjaya
meningkatkan kutipan zakat di negeri Selangor dari RM10.2 juta (1994) kepada RM105 juta
(2004); jumlah pembayar zakat dari 8,000 orang (1994) kepada seramai
100,000 orang (2004).
-
Pengasas
dan Pengerusi Sekretariat Pusat Zakat Negeri-Negeri (SPZN), seluruh
Malaysia mulai tahun 1998 - 2004.
-
Naib
Presiden II, Persatuan Perunding Kewangan Islam Malaysia, Islamic
Financial Planners Association (IRFAN) bagi sesi 2003-2004.
-
Pengerusi
Konvensyen Zakat Kebangsaan anjuran JAKIM (2001), yang dirasmikan
oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Addullah
Haji Ahmad Badawi.
-
Dilantik
sebagai “Pakar Tamu” Institut Kajian Zakat (IKAZ), Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dalam tahun 2004-2005.
-
Dilantik
sebagai penasihat zakat kepada HTHT Advisory Services Pte,
Singapore, sejak tahun 1999 hingga kini.
-
Menjadi
“Tetamu Negara” di Istana Negara, Jakarta oleh Kerajaan Republik
Indonesia ketika membantu mewujudkan Badan Zakat Nasional (BAZNAS),
Indonesia, yang dilancarkan oleh Presiden Megawati Suekarnoputri
pada tahun 2002.
-
Menjadi
pembentang kertas utama di “Majlis Silaturrahmi dan Rapat Koordinasi
Nasional Badan dan Lembaga Amil Zakat Se-Indonesia” anjuran Kerajaan
Republik Indonesia (Mei 2002). Beliau merupakan
pembentang tunggal dari luar Indonesia yang membentang kertas kerja di perhimpunan terbesar Institusi zakat seluruh Indonesia yang
menggabungkan tiga Kementerian Utama di Indonesia iaitu Kementerian
Agama, Kementerian Sosial dan Kementerian Kesengsaraan Rakyat yang
dihadiri oleh ketua-ketua Badan dan Lembaga Amil Zakat seluruh
Indonesia yang merangkumi agensi kerajaan, NGO dan swasta.
-
Sering
dijemput sebagai penasihat dan pakar rujuk dalam pengurusan zakat
kepada pelbagai agensi dalam negara seperti JAKIM, IKAZ, institusi
zakat negeri-negeri, serta agensi zakat dari luar negara
seperti dari Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Australia dan
negara-negara Timur Tengah.
-
Mempelopori usaha menghasilkan “Standard Perakaunan Zakat Perniagaan” sehingga diiktiraf oleh
Malaysian Accounting Standard Board (MASB) dan kini telah menjadi
piawaian kepada ahli-ahli profesional dalam bidang perakaunan seperti Malaysian
Institute of Accountants (MIA).
Usaha ini mengambil masa hampir 3 tahun
untuk diiktiraf. Sebelum itu, belum ada sebarang piawaian dalam
perakaunan zakat di Malaysia.
Ke atas

Pelopor
Dalam Institusi Zakat Masakini
Haji Mohd Safri amat mementingkan budaya
kreativiti dan inovasi di dalam pengurusannya. Dengan nilai inovasi ini,
organisasi pimpinannya, Pusat Zakat Selangor (PZS) sejak ditubuhkan,
sering menjadi pelopor
atau
"trend setter"
khususnya kepada pengurusan institusi zakat di negara ini, sekaligus
menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.
Beliau bersama rakan-rakan seperjuangannya telah berjaya mempelopori
satu sistem pengurusan zakat yang lebih profesional dan dinamik. Antara
inovasi yang telah dipelopori beliau ialah kejayaan meletakkan PZS
sebagai:
-
Institusi zakat pertama
melantik bank sebagai agen kutipan zakat; bermula dengan Bank
Pertanian Malaysia (1995) di mana kini boleh dikatakan kesemua bank
utama telah dilantik sebagai agen kutipan zakat di seluruh negara.
-
Institusi zakat pertama
memperkenalkan pembayaran zakat melalui Phonebanking dengan
kerjasama Maybank pada tahun 1999.
-
Institusi
zakat pertama menyediakan perkhidmatan membayar zakat secara on-line
(1999).
-
Institusi zakat pertama menyediakan
sistem teknologi web - membolehkan pembayar menyemak sendiri rekod
pembayaran zakat secara on-line (1999).
-
Institusi zakat pertama
mendapat pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9002 dalam
skop lengkap pengurusan zakat - kutipan dan agihan zakat dalam tahun
1999.
-
Institusi zakat pertama di Malaysia
yang menguruskan agihan zakat secara korporat (1999).
-
Institusi zakat pertama
memperkenalkan pembayaran zakat menggunakan Slip Bank Sebagai Resit
Resmi (SBSRR) yang diiktiraf oleh LHDN mulai tahun 2000 dengan kini
hampir semua bank yang menjadi agen menggunakan slip ini di seluruh
negara.
-
Institusi zakat pertama yang
melantik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai agen kutipan
zakat iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2000 dan
diikuti dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2003.
-
Institusi zakat pertama yang
memperkenalkan pembayaran zakat menggunakan kad kredit iaitu dengan
Kad Kredit Bank Islam dan At-Taslif Ambank pada tahun 2002.
-
Institusi zakat pertama yang
melantik Pos Malaysia Berhad sebagai agen kutipan zakat mulai 2003,
dan kini telah diperkembangkan ke negeri-negeri lain di seluruh
negara.