Laman Utama  |  Kempen TMW  |  AmanahRaya  |  WarisanMUKMIN  |  Rakan Muamalat  |  Taklimat & Kursus  |  Daftar Rakan  |  Pembayaran  |  PKI  |

 
   

SIAPAKAH WARISAN MUKMIN?

 

 

FALSAFAH, OBJEKTIF DAN RINGKASAN EKSKUTIF

 

   

 

MAKLUMAT KORPORAT

  

Falsafah Korporat

 

Falsafah korporat Warisan MUKMIN Sdn. Bhd. adalah bertunjangkan kepada Firman ALLAH:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH.

- (Surah ali-Imran: 110)

Sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada umat sejagat, umat Islam perlu hebat dan menjadi peneraju dalam segala bidang. Umat Islam kini tiada pilihan melainkan perlu berusaha menjadi cemerlang supaya umat sejagat benar-benar tertarik dan mengakui kehebatan dan kebenaran ajaran Islam.

Dengan meyakini bahawa setiap sistem yang dianjurkan Islam adalah sesuai untuk sepanjang zaman, umat Islam perlu mengumpul dan menggembeling segala kekuatan yang ada bagi memartabatkan sistem Islam yang ada pada masakini termasuk sistem sosio-ekonominya yang menjadi teras kepada pembangunan ummah.

Objektif Korporat

 

Memperkemas dan memperkukuh Sistem Muamalat Islam masa kini baik dari segi dasar, struktur, prasarana, strategi dan mekanisma perlaksanaannya supaya benar-benar berkesan dalam usaha membangun ummah.

 

Mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pengurusan ekonomi dan kewangan di kalangan umat Islam melalui aktiviti-aktiviti pendidikan dan latihan dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Kewangan Islam.

 

Menawarkan perkhidmatan lengkap dan bersepadu produk-produk berkaitan muamalat Islam melalui Model Muamalat MUKMIN (3M) yang merangkumi lima pelan utama (Pelan 5P) yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah iaitu Pelan Pendapatan, Pelan Perlindungan, Pelan Pelaburan, Pelan Penyucian dan Pelan Pewarisan.

 

Mewujudkan Rangkaian Pusat-Pusat Perkhidmatan Setempat di seluruh negara bagi memudahkan umat Islam untuk berurusan dan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan menyeluruh serta mampu memenuhi aspirasi pelanggan.

 

Mewujudkan golongan usahawan Muslim yang profesional dan berilmu dalam bidang perundingan muamalat Islam dalam memberikan nasihat-nasihat dan panduan-panduan yang terbaik kepada masyarakat.

 

Meningkatkan kefahaman dan memperkukuh budaya menginfak harta pada jalan ALLAH dalam membangun dan memartabatkan sosio-ekonomi ummah.

 
 

 

 
   
   

 

RINGKASAN EKSEKUTIF

 

Fokus kerajaan untuk melakukan perubahan besar ke atas lima Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI) iaitu wakaf, pengurusan waris, kredit Mikro, Qardhul Hassan dan zakat korporat menerusi Gelombang Ketiga pembangunan Sistem Kewangan Islam seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop pada 1hb Mac 2004 yang lalu, memberi isyarat bahawa inilah di antara institusi yang perlu diberi perhatian untuk tempoh satu dekad yang akan datang ke arah memperkukuh sistem kewangan negara. Dalam ucapannya, beliau turut menggariskan empat bidang yang boleh digunakan untuk merintis jalan ke arah pembangunan NBFI ini termasuk peranan sektor swasta sebagai saluran utama mewujud dan mengendalikan NBFI ini.

Menyedari hakikat ini, maka Warisan MUKMIN Sdn. Bhd. (WMSB) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2005 telah menyahut saranan ini dengan menjadikan bidang pengurusan kewangan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Syariah sebagai tunjang dan teras kepada usaha membangun sosio-ekonomi ummah dalam mengangkat martabat dan memperkasa ketamadunan umat Islam masa kini.

Bagi melaksanakan peranan ini, WMSB telah mengambil inisiatif mempelopori usaha mengintegrasikan perkhidmatan dan produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu yang dikenali sebagai Model Muamalat MUKMIN (3M) yang merangkumi pelan-pelan Pendapatan, Perlindungan, Pelaburan, Penyucian dan Pewarisan bagi seorang Muslim meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti kewangan dan ekonomi yang dilakukan.

Pengurusan kewangan peribadi di kalangan umat Islam di Malaysia masih di tahap yang rendah berbanding potensinya yang jauh lebih besar. Berdasarkan senario masa kini, bidang pewarisan harta merangkumi isu-isu faraid, wasiat, hibah, wakaf dan pengurusan pusaka merupakan bidang yang amat jauh terkebelakang berbanding aktiviti kewangan lain yang boleh membawa kepada pelbagai permasalahan seperti perselisihan antara waris, pemilikan harta yang tidak ekonomik, sehinggalah kepada pembekuan harta umat Islam yang bernilai berbilion ringgit yang tidak dapat dibangunkan secara efektif.

WMSB melihat ini merupakan suatu ruang berpotensi besar yang masih belum diterokai dan dihayati oleh umat Islam. Jika usaha ini dapat laksanakan dengan baik dan sempurna melalui pelan strategi perniagaan yang mantap, WMSB begitu yakin bahawa ia akan menjadi satu institusi yang amat penting dalam bidang pengurusan kewangan Islam seiring dengan Institusi Perbankan, Tabung Haji, Unit Amanah dan Takaful, selaras dengan arus Gelombang Ketiga pembangunan Sistem Kewangan Islam seperti mana yang dikatakan itu. Melalui program keusahawanan yang diwujudkan, usaha ini juga dilihat mampu membantu kerajaan dalam membangun golongan usahawan.

Bagi merintis usaha ini, WMSB telah pun mengambil langkah-langkah pro-aktif dan praktikal khususnya dalam bidang penyelidikan dan penyediaan infrastruktur sebagai asas ke arah merealisasikan wawasan murni ini. Bagaimanapun, usaha ini memerlukan sokongan dan komitmen padu dari pelbagai pihak demi untuk membina kecemerlangan umat Islam masa kini.

 

   

  

Taklimat & Seminar

Pendaftaran Ahli

Rakan/Perunding

Maklumat Lanjut

Cara Pembayaran


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian hotline kami:

 

03-5512 5886

 

 

 

Info Wasiat

Galeri Aktiviti

 
 
 
 

 

Kempen TMW 2011  |  AmanahRaya  |  Warisan MUKMIN  |  Rakan Muamalat  |  Jadual Aktiviti  |  Galeri   |   Pendaftaran

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Warisan MUKMIN Sdn Bhd