Kepada yang berminat
untuk mengadakan sesi ceramah mengenai pengurusan harta
pusaka secara berkumpulan di organisasi, jabatan atau
syarikat masing-masing, tuan/puan boleh membuat
pendaftaran dengan mengisi borang di bawah. Untuk
taklimat berkumpulan, peserta mestilah
sekurang-kurangnya 25 orang.
Anjuran:
Warisan MUKMIN Sdn Bhd dengan kerjasama Amanah Raya Berhad
Tempoh :
1 Mac 2010 - 31 Disember 2011
Tema:
Seorang 1 Wasiat!
Sasaran:
15,000 wasiat
dalam
tempoh kempen
RASIONAL KEMPEN
Pengurusan
harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
JAUH TERKEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
jika
dibandingkan dengan tuntutan dari
sudut agama!
MILIKI
DOKUMEN WASIAT ANDA
SEKARANG!
LIHAT
ISU-ISU INI!
ISU 1:
HARTA BEKU
Terdapat lebih daripada 1
juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak di
Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah sebanyak
RM40 BILION.
Bukankah ini satu ISU
BESAR yang melibatkan jumlah harta yang begitu besar yang
MERUGIKAN AGAMA, BANGSA dan NEGARA?
ISU 2:
HARTA TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN
Lebih malang lagi, 90%
daripada harta terbeku di atas merupakan
harta orang Islam.
Keadaan ini mengakibatkan ekonomi masyarakat Islam tidak
dapat dibangun dan dimajukan secara berkesan.
Bukankah ini satu ISU
BESAR yang merugikan EKONOMI UMAT ISLAM?
ISU 3:
PEREBUTAN HARTA DI KALANGAN KELUARGA
Bukankah ini satu ISU
BESAR yang melibatkan KEKELUARGAAN?
Ke mana perginya ungkapan
"Syurga di bawah telapak kaki ibu"?
ISU 4:
HUTANG TIDAK BERBAYAR
Dalam pengurusan harta pusaka Islam, melunaskan tanggungan
hutang si mati merupakan satu tanggung-jawab yang wajib
dilaksanakan oleh pentadbir atau waris-waris si mati dan
hendaklah disegerakan!
Cuba kita lihat beberapa hadis Nabi s.a.w. mengenai
pelunasan atau penyelesaian hutang selepas kematian.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Roh
seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang
daripada tempat yang mulia
dengan
sebab hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan (oleh
saudara-maranya)".
Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan
Imam Ibnu Hibban
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA,
jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH,
kemudian dia dihidupkan semula,
kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan
lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia
menanggung hutang, dia tetap tidak akan
dapat masuk Syurga selagi hutangnya
belum dijelaskan".
Riwayat An-Nasa’i
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Diampuni semua dosa orang yang mati
syahid kecuali hutang".
Riwayat Muslim
Bukankah ini satu ISU
BESAR kepada orang yang beriman kepada
HARI KEMUDIAN? Oleh itu...
ISU 5:
HUKUM FARAID TIDAK DITUNAIKAN
Hukum Faraid merupakan satu sistem pembahagian dalam
pewarisan harta yang hanya ada di dalam Islam.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta
pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah
Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak,
isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada
ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala
pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk
agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan
menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Menurut
Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu
ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan
sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian
faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan
FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk
menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.
Oleh itu, sila LIHAT FAKTA INI dan
FIKIRKAN:
Sebanyak RM40 bilion harta beku, dan
90% daripadanya harta umat Islam iaitu sebanyak RM36 bilion.
Daripada RM36 bilion ini, sudah tentu sebahagiannya adalah
untuk melunaskan hutang si mati yang tidak dapat
dilaksanakan akibat harta dibekukan.
Tetapi yang PASTINYA, dalam kes harta
beku ini, hukum Faraid TIDAK DILAKSANAKAN!
Bukankah ini merupakan
satu ISU BESAR kerana tidak melaksanakan sesuatu yang WAJIB
boleh mendatangkan DOSA kepada orang yang tidak
melaksanakannya?
Untuk keterangan lanjut atau mendapatkan perkhidmatan, sila
hubungi talian hotline kami: