STATUS KEAHLIAN : PERUNDING EKSEKUTIF (PE)

Perunding Eksekutif (PE) merupakan tahap tertinggi bertaraf Rakan Penuh dalam hiraki keahlian RakanMUKMIN. PK yang telah menunjukkan prestasi tinggi dan telah mencapai sasaran serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan layak dinaikkan pangkat ke PE. Sebagai PE, beliau akan diberi hak dan keistimewaan untuk memiliki perniagaan sendiri dengan membuka dan mengendalikan outlet “Pusat Khidmat Muamalat” di seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan bersepadu dalam bidang Pengurusan Muamalat Islam kepada orangramai.
SYARAT KELAYAKAN PERUNDING EKSEKUTIF
Untuk dinaikkan pangkat ke PE seseorang RakanMUKMIN itu mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
Mestilah berstatus PK.
Mencapai jualan peribadi terkumpul sebanyak RM25,000.
Mencapai jualan kumpulan terkumpul sebanyak RM120,000.
Telah menjadi ahli - WL+PK - tidak kurang dari satu tahun.
Kenaikan Pangkat Secara Fast-Track
WarisanMUKMIN kini membuat tawaran istimewa Fast-Track untuk mencapai status PE dengan mengenakan syarat-syarat yang mudah seperti berikut:
Berumur 21 tahun ke atas.
Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma atau setaraf dengannya.
Memiliki Dokumen Wasiat Peribadi AmanahRaya - RM350.
Fi Komitmen sebanyak – RM3,500.
Mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang perancangan kewangan dan bidang-bidang berkaitan diberi keutamaan. Bagaimanapun, mereka dalam bidang-bidang lain turut akan dipertimbangkan.
Lokasi yang dipilih untuk beroperasi belum diwakili oleh mana-mana PE yang sedia ada.
Membuka outlet “Pusat Khidmat Muamalat” di lokasi yang dipersetujui.
Syarat sasaran jualan dan tempoh minimum keahlian WL+PK dikecualikan!
KEISTIMEWAAN PERUNDING EKSEKUTIF
Mendapat hak yang diiktiraf oleh Warisan MUKMIN Sdn. Bhd. untuk menjalankan perniagaan dengan menggunakan jenama, Logo dan Cap Dagangan WarisanMUKMIN.
Mendapat hak Eksklusif sebagai PE untuk mengendalikan rangkaian “Pusat Khidmat Muamalat” di lokasi-lokasi atau kawasan-kawasan berpotensi di seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan yang luas, lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Muamalat Islam merangkumi:
Pelan Pewarisan – Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf, Pusaka (sebagai Rakan Penuh)
Pelan Penyucian – Zakat (sebagai Rakan Penuh - sesiapa yang berdaftar sebagai PE sebelum 31 Disember 2010)
Pelan Pelaburan – Unit Amanah Islam (sbg Rakan Bersekutu) - digalak upgrade Rakan Penuh dengan syarikat pengendali [optional]
Pelan Perlindungan – Takaful (sbg Rakan Bersekutu) - digalakkan upgrade ke Rakan Penuh dengan syarikat pengendali [optional]
Mendapat hak untuk menggunakan Sistem e-Muamalat WarisanMUKMIN.
Program latihan yang komprehensif akan diberikan merangkumi hal ehwal perniagaan WarisanMUKMIN, pengetahuan produk, pemasaran dan motivasi.
Sistem Khidmat Sokongan dan bantuan berterusan merangkumi khidmat nasihat perniagaan, pelbagai Kit Jualan, Teknologi Maklumat serta sokongan Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan WarisanMUKMIN.
Khidmat Sokongan Pemasaran Profesional melalui publisiti dan pengiklanan di pelbagai media.
Jaminan perniagaan (secured business) daripada rangkaian niaga (business network) yang dijana oleh WMSB secara meluas di seluruh negara.
Membina kumpulan sendiri dengan melantik WL dan PK di bawahnya (downline).
Pelan Pemasaran dan Imbuhan Kewangan yang menarik (di antara yang terbaik di pasaran)
Imbuhan Jualan Peribadi Yang Tertinggi
Imbuhan Over-riding ke atas RB, WL dan PK
Bonus Pengenal
Bonus Penyamaan
Bonus Perkongsian Untung Syarikat
Tawaran dan Insentif dari masa ke semasa
Subsidi untuk Kursus Profesional “Perancangan Kewangan Islam" (Islamic Financial Planning - IFP) bagi mereka yang layak.
Sistem ICT yang dibangunkan syarikat serta sokongan alat-alat perisian penting yang lain akan dibekalkan bagi membantu PE menjana pertumbuhan dan melicinkan operasi perniagaannya seperti:
Sistem e-Muamalat MUKMIN
Sistem Faraid MUKMIN
Sistem e-Faraid
Sistem e-Zakat
Melakukan Kerjaya Mulia – berdakwah dalam bidang Muamalat Islam (semoga usaha ini menjadi amal soleh dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat).
|
SEKARANG MASA TERBAIK UNTUK MENJADI PERUNDING EKSEKUTIF! Sebab-sebab Mengapa Anda Perlu Mendaftar Sekarang? |
|
1. Tawaran Fast-Track ini adalah terhad iaitu hanya dibuka sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu sahaja! 2. Boleh mendapatkan LOKASI STRATEGIK dan TERBAIK sebelum dipenuhi oleh orang lain! 3. Lain-lain Keistimewaan menerusi Tawaran Pengenalan. |
|
Apa tunggu lagi? Peluang ini hanya datang sekali!! Segera rebut peluang sebelum TERLEPAASS! |
RINGKASAN TAWARAN
|
Tawaran Pengenalan |
Selepas Tamat Tempoh |
Tempoh Tawaran |
|
Rakan Penuh untuk PELAN PEWARISAN - perkhidmatan faraid, wasiat, hibah, pusaka |
||
|
|
Sehingga diberitahu |
|
Rakan Penuh untuk PELAN PENYUCIAN - perkhidmatan zakat |
||
|
|
Sehingga diberitahu (sesiapa yang berdaftar sebagai WL atau PK atau PE sebelum tamat tempoh tawaran, beliau layak menawarkan perkhidmatan zakat di bawah WarisanMUKMIN dengan pengecualian Yuran Tambahan RM100)
|
Jangan lepaskan PELUANG ISTIMEWA ini. Segera berdaftar sebelum TERLAMBAT!
>>> Keahlian RakanMUKMIN <<< >>> LAMAN UTAMA <<<