PELAN PEWARISAN MUKMINFARAIDWASIATHIBAHPUSAKAPELAN PEWARISAN MUKMIN

FARAID MENURUT ZAMANKEPENTINGAN FARAIDPEMBAHAGIAN FARAIDKONSULTANSI FARAID

 

MENU UTAMA

 

 

  Laman Utama

  Kempen Menulis Wasiat

  Pesanan Perkhidmatan

  Kerjaya Perunding Pewarisan

 Perunding Kewangan Islam

  Pendaftaran Rakan

  Taklimat & Kursus

  Perkhidmatan Kami

  Perunding Eksekutif Kami

  Hubungi Kami

   

 

 
 

 

 

 

 

PEMBAHAGIAN FARAID

 

 

 

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

 

Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

 

1.     Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

 

2.     Asabah

Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

 

(a)  Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

 

(b)  Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

 

(c)  Asabah Maal Ghoir

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan sebab beserta waris perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

 

3.     Dzawil-Arham

Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dzawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

 

(a)   Hijab Nuqson

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

 

(b)   Hijab Hirman

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya, saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

 

 

 KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

  

Berikut adalah bahagian-bahagian yang diperolehi oleh ahli waris berdasarkan hukum faraid.

  

Bahagian Diperolehi

Suami Kepada Simati

1/2

Tidak mempunyai anak ATAU

Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4

Mempunyai anak ATAU

Mempunyai cucu dari anak lelaki

 

 

Bahagian Diperolehi

Isteri Kepada Simati

1/4

Tiada anak ATAU

Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU

Mempunyai cucu dari anak lelaki

 

 

Bahagian Diperolehi

Anak Perempuan Simati

1/2

Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/3

2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

 

 

Bahagian Diperolehi

Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati

1/2

Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3

Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6

Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.

Terhalang

Adanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

 

 

Bahagian Diperolehi

Bapa Simati

1/6

Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

1/6 dan ASABAH

Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki

ASABAH

Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

 

 

Bahagian Diperolehi

Ibu Kepada simati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari baki

Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

 

 

Bahagian Diperolehi

Datuk Kepada simati

Sama seperti bapa

Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

 

 

Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Seibu Sebapa Kepada Simati

1/2

Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAH

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk

Terhalang

Adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

 

 

Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa

ASABAH

Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang

1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung

 

 

Bahagian Diperolehi

Saudara Seibu (Lelaki / Perempuan)

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang

Adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

   


 

INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN FARAID ?

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat konsultansi faraid atau mempelajari faraid mengikut Kaedah Az-Zaid atau memiliki sistem e-FM, sila hubungi 03-55125886 atau emel ke

info@warisanmukmin.com

 

 

 
       
 

Kursus Cara Mudah Kira Faraid

Kaedah Az-Zaid

 

Saya berminat membuat wasiat/hibah

 

Kerjaya:

Perunding PKI Wasiat & Hibah

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com

 

Topik-Topik Mengenai Faraid:

Faraid Menurut Zaman | Hukum | Pembahagian | Konsultansi Faraid

Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:

 Wasiat | Hibah | Pusaka

 

 

 

MODEL MUAMALAT

MUKMIN

PELAN PELABURAN MUKMIN

PELAN PERLINDUNGAN MUKMIN

  PELAN PENYUCIAN MUKMIN

PELAN PEWARISAN MUKMIN