Penting Sediakan Dokumen
Wasiat!
Sumber: Berita Harian
Mengikut statistik,
lebih dari sejuta kes tuntutan harta pusaka dgn nilai mencecah
RM38 billion* masih
tertunggak kerana tidak dapat diuruskan oleh pewaris. Kes-kes ini
majoritinya membabitkan harta milik orang Islam kerana kegagalan
menyediakan dokumen wasiat dan hibah ketika masih hidup.
Tujuan utama
penyediaan dokumen wasiat ini bukanlah untuk menentukan pembahagian
harta pusaka kepada waris, tetapi untuk memudahkan peralihan
harta pusaka si mati yang telah dibekukan (disebabkan meninggal
dunia) kepada waris, dengan melantik wasi/pentadbir
harta pusaka yang sah (seperti
Amanah Raya Berhad). Dan kemudian barulah harta pusaka dapat
dibahagikan mengikut faraid dan cara yang dipersetujui.
Tanpa adanya
dokumen wasiat, proses pengurusan harta pusaka secara puratanya akan
mengambil masa antara 3-5 tahun dan ada yang terbengkalai begitu sahaja
tanpa diuruskan. Ini mengakibatkan umat Islam dan negara rugi disebabkan
harta pusaka yang dibekukan (RM38 billion!) gagal
diusahakan secara ekonomik.
Ada juga yang
mengganggap penyediaan dokumen wasiat ini hanyalah untuk golongan warga
tua dan berumur sahaja, ataupun hanya untuk golongan berada. Tetapi yang
kita sering lupa bahawa kematian itu pasti akan tiba dan pastinya ia
datang pada bila-bila masa sahaja. Dan walaupun kita beranggapan harta
yang dalam pegangan hanyalah sedikit, sekiranya ada dokumen wasiat dapat
juga sekurang-kurangnya dimanfaatkan oleh waris, walau sedikit. Untuk
penyediaan dokumen wasiat ini boleh dibuat di Amanah Raya Berhad sendiri
ataupun melalui ejen korporat yang dilantik.
Nota Kaki Warisan MUKMIN:
Warisan MUKMIN Sdn Bhd merupakan salah sebuah agensi Ejen Korporat yang
dilantik oleh Amanah Raya Berhad dengan no. kelulusan / No Ejen Korporat
EK031.
Ke atas

|