|
AmanahRaya nafi lantik
ejen korporat
Utusan
Online - 13/02/2009
KUALA
LUMPUR - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menafikan memberi
persetujuan kepada syarikat Nazra Agency Sdn. Bhd. mewakili institusi
itu bagi menggerakkan Program Pengurusan Harta Pusaka dan Penulisan
Wasiat di Felda Wilayah Johor.
Pengurus
Kanan, Jabatan Pembangunan Pasaran AmanahRaya, Azliah Suhod berkata,
pihaknya tidak pernah melantik mana-mana wakil ejen korporat bagi
syarikatnya dalam program tersebut.
"Syarikat
agensi itu dilaporkan telah menggunakan logo rasmi AmanahRaya di dalam
surat permohonan mereka bagi mengadakan program Wasiat Gerbang Selatan
di Felda Taib Andak,'' kata Azliah dalam kenyataannya di sini hari ini.
Selain itu,
jelasnya, syarikat agensi yang berselindung di sebalik AmanahRaya itu
juga telah membuat surat pelantikan palsu sebagai ejen korporat
AmanahRaya dan telah ditandatangani oleh pengurus cawangan Johor.
Jelas
beliau, sebelum ini, AmanahRaya telah melantik 26 ejen korporat yang sah
menerusi produk Wasiat AmanahRaya terdiri daripada sembilan buah
institusi kewangan dan tujuh syarikat swasta di seluruh negara.
Pelantikan
itu telah diluluskan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan dikawal selia
oleh Jabatan Pengurusan Channel, AmanahRaya.
Tambah
Azliah, pihaknya telah membuat satu laporan polis berhubung hal itu bagi
melindungi dan melepaskan syarikatnya daripada sebarang tuntutan atau
kerugian akibat daripada pengedaran surat palsu tersebut.
Sehubungan
itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang masalah yang timbul.
"Saya
berharap syarikat agensi yang menggunakan nama AmanahRaya bagi tujuan
perniagaan dengan mengutip duit daripada peneroka Felda secara tidak sah
supaya memberhentikan kegiatan mereka dengan segera,'' tegasnya.
Orang
ramai yang ingin mendapatkan kepastian mengenai senarai ejen korporat
AmanahRaya boleh menghubungi Talian Mesra AmanahRaya di talian
03-20729999 atau mengunjungi laman web AmanahRaya di
http://www.amanahraya.com.my/en/index.asp?fuseaction=Content.View&ID=127
Nota Kaki Warisan MUKMIN:
Warisan MUKMIN Sdn Bhd merupakan salah sebuah agensi Ejen Korporat yang
dilantik oleh Amanah Raya Berhad dengan no. kelulusan / No Ejen Korporat
EK031. Untuk kepastian sila layari laman web AmanahRaya di
http://www.amanahraya.com.my/en/index.asp?fuseaction=Content.View&ID=127
Ke atas

|