Ambil
berat pelan penurunan harta pusaka
Utusan Malaysia -
14/06/2009
Oleh IKBAL SALAM
PEMAHAMAN
berkaitan masalah pusaka tidak akan sempurna tanpa kita mengetahui di
manakah kes pusaka kita akan dibicarakan jika kita meninggal dunia. Di
negara kita permohonan pembahagian pusaka umat Islam boleh dibuat di:
1. Mahkamah
Tinggi Malaya Melalui Peguam/Amanah Raya Seksyen 77A Akta Probet &
Pentadbir 1959 Order 71 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 Harta Alih & Tak
Alih lebih RM600,000.
2. Pejabat
Pusaka Kecil Waris Si mati/Peguam Seksyen 13 Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 Seksyen 4 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
Seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Harta Alih & Tak
Alih kurang daripada RM600,000.
3. Amanah
Raya Berhad Seksyen 13 Akta Pemegang Amanah Raya 1995 Seksyen 8 Akta
Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Seksyen 17 (1) Akta Pemegang
Amanah Raya 1995 Seksyen 17(2) Akta Pemegang Amanah Raya 1995 Harta Alih
kurang daripada RM600,000.
Harta Alih
kurang daripada RM50,000.
Tegasnya,
umat Islam di negara kita dalam banyak keadaan terpaksa menyerahkan
permohonan pusaka mereka kepada dua bidang kuasa perundangan iaitu di
Mahkamah Syariah bagi memperolehi Sijil faraid dan kemudiannya
mendapatkan perintah pembahagian daripada Mahkamah Tinggi atau Pejabat
Pusaka Kecil.
Proses ini
terkadang menjadi lebih rumit bila terdapat keadaan di mana berlakunya
pertindihan atau kesamaran bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Sivil dalam hal-hal bagi menentukan sama ada harta si mati
boleh dikategorikan sebagai harta pusaka atau tidak.
Oleh kerana
hambatan perundangan tersebut adalah penting bagi umat Islam memastikan
harta yang mereka miliki dapat diperturunkan kepada mereka yang
memerlukan dalam waktu yang seberapa singkat.
Untuk tujuan
itu langkah yang pertama sendirian bila terdapat ahli-ahli waris yang
mahu menuntut harta dengan petah berhujah sambil merujuk kepada
ayat-ayat pewarisan dalam surah an-Nisa'.
Begitulah
juga yang lazimnya berlaku bila si suami menggunakan kuasa veto mereka
untuk berpoligami sambil merujuk kepada ayat 2 surah an-Nisa' yang
memberikan ruang kepada suami untuk berpoligami.
Kes-kes
monopoli harta pusaka sehingga mewujudkan kematian yang berlapis-lapis
seharusnya tidak berlaku kepada umat Islam memandangkan kita telah
diajar akan azab yang bakal menimpa jika memakan harta anak yatim atau
harta yang bukan milik kita.
Sebaliknya
ada juga dikalangan kita yang mengambil sikap "tak kuasa" atau tidak
peduli untuk bertegang urat atau berparang berebut tanah pusaka
lebih-lebih lagi perlu pula berhadapan dengan bapa saudara atau saudara
sepupu yang terkenal dengan panas barannya.
Walaupun
menjadi amalan yang dituntut untuk kita tidak terbabit dengan perebutan
harta pusaka tetapi keengganan ahli-ahli waris untuk berhadapan dengan
masalah itu sekarang adalah petanda jelas bahawa pemilikan tanah pusaka
tersebut akan terus tergantung dari satu generasi ke generasi.
Akhirnya
tanah tersebut tidak mempunyai nilai komersial untuk dibangunkan akibat
ketidaktentuan status pemiliknya.
Jauh di
sudut hati terfikir juga kita daripada hartanah yang ditinggalkan
menjadi punca perbalahan, alangkah baiknya jika tanah tersebut dahulunya
diwakafkan sahaja oleh nenek tersebut.
Bagi
mengelakkan masalah kematian berlapis ini, sangat perlu untuk umat Islam
membahagikan harta pusaka dengan seberapa segera selepas kematian si
mati.
Penyegeraan
pembahagian pusaka akan dapat memastikan tanggungan si mati sama ada
kepada Allah atau manusia dapat dijelaskan sebelum aset yang
ditinggalkan dibahagi-bahagikan kepada mereka yang layak.
Percayalah,
bertangguh dalam membahagikan pusaka memberi ruang kepada lebih banyak
masalah pusaka di masa depan.
Umat Islam
juga perlu menyedari bahawa betapa agama Islam adalah agama yang cukup
sempurna, relevan pada setiap zaman dan mendukung prinsip keadilan
secara total.
Sementara
kita mengakui bahawa faraid adalah ketentuan hukum dari Allah yang tidak
boleh disanggah, syarak menyediakan pula pelbagai kaedah bagi memastikan
harta yang ditinggalkan mampu menambahkan pahala berpanjangan kepada
yang mati dan boleh menambah baik keadaan ekonomi ahli keluarga yang
ditinggalkan.
Antara
kaedah yang digariskan oleh syarak adalah antaranya Hibah, Hadiah,
Amanah, Nazar, Wakaf dan Sedekah.
Kes-kes
pusaka akan dapat diatasi atau dikurangkan tahap permasalahan jika umat
Islam menyediakan pelan yang jelas berkaitan harta yang dimiliki menurut
kaedah yang dinyatakan di atas.
Pelan penurunan harta
inilah yang semacam menjadi fobia di dalam masyarakat Islam kita hingga
bila dicadangkan agar wasiat ditulis ramai pula yang dengan sinis
menjawab, maaflah saya belum nak mati lagi atau tak mengapalah harta
saya sedikit sahaja.
Sebagai perbandingan
ramai pula di kalangan kita yang apabila meninggalkan rumah walau hanya
seketika, meninggalkan pesanan kepada anak mereka umpamanya; 'Jangan
bergaduh, jangan lupa pastikan pintu rumah dikunci dan jangan lupa
angkat kain baju di ampaian'.
Hujah saya, jika
meninggalkan rumah yang sebentar itu pun kita perlu berpesan, mengapa
tidak kita menyediakan pesanan dan perancangan yang sempurna untuk
ahli-ahli keluarga sebelum kita meninggalkan alam sementara ini ke alam
yang kekal yang tidak diketahui bila pula ia akan tiba.
Kaedah perancangan
pusaka yang digariskan syarak di atas memberikan ruang untuk kita
memberikan harta yang dimiliki kepada mana-mana pihak sekalipun orang
itu bukanlah ahli waris kita pada kadar yang difikirkan sesuai.
Prinsip asas yang
perlu dipatuhi adalah apa pun sahaja pemberian yang hendak diturunkan
itu hendaklah dibuat dan dilaksanakan semasa hayat si pemilik harta.
Ke atas

|