| |
RM35 juta wang Swisscash di
luar negara diperintahkan supaya dipindahkan semula ke
Malaysia
Kuala Lumpur,
27 September 2007
-
Suruhanjaya Sekuriti (SC) mencapai kejayaan
besar dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim
pelaburan Internet Swisscash apabila memperoleh Perintah
Mahkamah yang mengarahkan salah seorang daripada defendan,
Amir Hassan, supaya memindahkan semula ke Malaysia semua
wang Swisscash yang dipegang dalam beberapa akaun bank di
luar negara dalam masa tujuh hari.
Kira-kira RM35 juta pada masa ini disimpan dalam enam
akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun bank di Singapura. Memandangkan
Swisscash merupakan satu skim penipuan alam luas yang beroperasi di alam
Internet tanpa sempadan, SC bekerjasama rapat dengan pengawal-pengawal
selia dari tujuh negara lain bagi memerangi aktiviti tidak sah ini.
Kerjasama merentasi pelbagai bidang kuasa ini telah membawa kepada
penemuan maklumat berharga yang memudahcarakan siasatan.
Sebaik sahaja dipindahkan ke Malaysia, wang tersebut
tertakluk di bawah perintah pembekuan antarabangsa Mareva sementara
menunggu keputusan prosiding sivil yang difailkan oleh SC awal tahun ini
terhadap Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Dynamic
Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund (1948) S.A., SMF International
Limited dan SMF (1948) International Limited.
Pencapaian dalam prosiding sivil SC ini memastikan bahawa
wang Swisscash tersimpan dengan selamat, dan berada dalam bidang kuasa
mahkamah Malaysia supaya wang tersebut tertakluk kepada sebarang
perintah yang dibuat dalam prosiding itu.
Para pelabur sekali lagi diingatkan bahawa kedua-dua
Swiss Mutual Fund dan Swisscash tidak dilesenkan oleh SC. Setakat ini,
SC telah menyekat empat laman web yang berkaitan dengan Swisscash iaitu
www.swisscash.net,
www.swisscash.biz,
www.swissmutualfund.biz dan
www.swisscashguide.com
SC akan terus mengambil langkah untuk memerangi penipuan
pelaburan termasuk menyekat akses kepada lebih banyak laman web, dan
mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian terhadap pengusaha
dan ejennya.
SURUHANJAYA SEKURITI
RM35 Million Swisscash Monies Ordered To Be
Returned To Malaysia
KUALA LUMPUR, Sept 27, 2007 -
The Securities Commission (SC) has achieved a breakthrough
in its civil enforcement case against the Swisscash Internet
investment scheme when it secured a court order to direct
one of the defendants, Amir Hassan, to transfer back to
Malaysia all Swisscash monies held in bank accounts overseas
within seven days.
About RM35 million is currently held in six bank accounts in
Hong Kong and eight bank accounts in Singapore, the SC in a
statement here today.
"As Swisscash is a worldwide scam that operates in the
borderless Internet realm, the SC is working closely with
regulators from seven other countries to combat these
illegal activities," the commission said.
"This cross-jurisdictional collaboration has led to the
discovery of valuable information that has facilitated
investigations," it added.
Once transferred back to Malaysia, the monies will be
subject to the worldwide Mareva freezing orders pending the
outcome of civil proceedings filed by the SC earlier this
year against Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo
Mun Hoe, Dynamic Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund
(1948) SA, SMF International Ltd and SMF (1948)
International Ltd.
"This achievement in SC's civil proceedings ensures that
Swisscash monies are held safely, and within the
jurisdiction of the Malaysian courts so they can be subject
to any order made in the proceedings," the commission said.
"Investors are again reminded that neither Swiss Mutual Fund
nor Swisscash are licensed by the SC," it said.
To date, the SC has blocked four websites related to
Swisscas, namely www.swisscash.net, www.swisscash.biz,
www.swissmutualfund.biz, and www.swisscashguide.com.
The commission said it would continue to take all measures
to combat investment scams, including blocking access to
more websites, and taking appropriate enforcement action
against its operators and agents.
-- BERNAMA
Ke atas

|
|