|
BERITA MUAMALAT
TERKINI DI
LAMAN UTAMA
ARKIB
BERITA/ARTIKEL
Pewarisan Harta
(Wasiat, Hibah, Pusaka)
Perlindungan Harta
(Takaful/Insuran)
Pengembangan Harta
(Bursa Saham, Unit Amanah)
Penyucian Harta
(Zakat, Haji, Umrah, Wakaf)
|
| |
SIMPANAN KWSP MELEBIHI RM1 JUTA BOLEH DIKELUARKAN
Siaran Media KWSP pada
26/10/2007
KUALA LUMPUR, 26
OKTOBER - Kira-kira 4,700 Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Yang Mempunyai Simpanan Melebihi RM1 Juta Boleh Mengeluarkan Jumlah
Melebihi RM1 Juta Tersebut Mulai 1 November Ini Tanpa Mengira Umur.
Bagaimanapun, jumlah minimum yang boleh dikeluarkan ialah RM100,000 pada
setiap kali pengeluaran. Pengeluaran ini boleh dibuat sekurang-kurangnya
tiga bulan sekali.
Pengeluaran yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Bukan Hanya
Simpanan’ seperti diumumkan KWSP pada 22 Oktober 2007 bertujuan untuk
menggalakkan ahli yang mempunyai simpanan yang besar jumlahnya
menguruskan sendiri sebahagian daripada simpanan KWSP mereka tersebut.
“Jumlah simpanan RM1 juta dianggap mencukupi untuk memenuhi keperluan
asas ahli yang berpendapatan tinggi semasa mereka bersara. Mereka juga
berpeluang untuk mengurus dan melabur sendiri sebahagian daripada
simpanan tersebut,” kata Nik Affendi Jaafar, Pengurus Kanan Perhubungan
Awam KWSP.
Ahli yang layak memohon mestilah warganegara Malaysia atau pekerja asing
(ekspatriat) yang menjadi ahli sebelum Ogos 1998 atau mereka yang
berstatus penduduk tetap.
Ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 9B (AHL) dan mengemukakan dokumen
sokongan yang disahkan iaitu Kad Pengenalan atau Pasport bagi ahli bukan
warganegara atau berstatus penduduk tetap dan buku bank atau Penyata
Akaun Simpanan atau Penyata Akaun Semasa yang masih aktif.
Bayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank ahli jika permohonan
dibuat dari dalam negeri atau melalui draf bank jika ahli memohon dari
luar negara.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah skim simpanan nasional yang
menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited
dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik
pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi
panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.
Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan
berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada
pembangunan sosio-ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai
institusi simpanan terkemuka di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH KWSP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Mohd Afdhalanas bin Khairudin
Penolong Pengurus
Seksyen Komunikasi Korporat,
Tingkat 9, Bangunan KWSP
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Tel : +603 - 2616 1977
Fax : 03 - 2693 3224
Email: kmafdhalanas@epf.gov.my
TARIKH SIARAN : 26 OKTOBER 2007
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA, BERNAMA
Ke atas

|
|
|
|
|
|