BERITA MUAMALAT

TERKINI DI

LAMAN UTAMA

 

ARKIB

BERITA/ARTIKEL

 

Pewarisan Harta

(Wasiat, Hibah, Pusaka)

 

Perlindungan Harta

(Takaful/Insuran)

 

Pengembangan Harta

(Bursa Saham, Unit Amanah)

 

Penyucian Harta

(Zakat, Haji, Umrah, Wakaf)

 

 

Bursa Lantik Penasihat Syariah

 

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2008 - Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Profesor Dr Aznan Hasan sebagai penasihat syariahnya. Aznan akan bertanggungjawab menyediakan khidmat nasihat syariah bagi perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan produk strategik dan inovasi dalam pasaran modal Islam, kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan.

"Selain membantu Bursa Malaysia, beliau juga akan bekerjasama rapat dengan peserta industri relevan dan pihak berkuasa untuk meletak dan memprofilkan bursa dalam pasaran modal Islam global," kata bursa tersebut.

Menurut Bursa Malaysia, Aznan berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam industri kewangan Islam tempatan dan antarabangsa.

Beliau ketika ini memegang jawatan sebagai penolong profesor di jabatan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Aznan menjadi penasihat syariah kepada beberapa organisasi dan juga anggota Majlis Penasihat Syariah Bank Negara.

"Pengetahuan dan pengalamannya memberi nilai yang besar kepada Bursa Malaysia yang memiliki pasaran pematuhan syariah terbesar di dunia," kata syarikat itu.

- BERNAMA

Ke atas