BERITA MUAMALAT

TERKINI DI

LAMAN UTAMA

 

ARKIB

BERITA/ARTIKEL

 

Pewarisan Harta

(Wasiat, Hibah, Pusaka)

 

Perlindungan Harta

(Takaful/Insuran)

 

Pengembangan Harta

(Bursa Saham, Unit Amanah)

 

Penyucian Harta

(Zakat, Haji, Umrah, Wakaf)

 

 

KWSP Tiada Kaitan Dengan Kumpulan Wang Simpanan Usahawan

Laman Web KWSP: 9 Januari 2009

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin menegaskan kepada semua ahlinya bahawa KWSP tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Kumpulan Wang Simpanan Usahawan (KWSU).

Berita berkenaan KWSU tersebar apabila ia dilapor menawarkan skim simpanan yang lebih baik bagi bakal haji berbanding Tabung Haji. Lembaga Tabung Haji telah menafikan dakwaan tersebut seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

KWSP berharap kenyataan ini dapat mengelakkan timbulnya kekeliruan yang mengaitkan KWSP dengan KWSU.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Kanan
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 9 Januari 2009

 

Ke atas