Aktiviti Niat Jahat Di Internet Meningkat Pada 2008
Bernama: 28 April 2009
PETALING JAYA - Laporan ancaman keselamatan internet
Symantec menunjukkan aktiviti niat jahat berkembang
sepanjang 2008 disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan
pengembangan pasaran gelap yang berterusan dalam kelembapan
ekonomi semasa.
Laporan Ancaman Keselamatan Internetnya mendedahkan bahawa
lebih 1.6 juta kod tandatangan baru palsu tahun lepas, lebih
60 peratus berbanding tandatangan kod palsu yang diwujudkan
oleh syarikat, demikian menurut perunding keselamatan
syarikat Kannan Velayutham.
Ini termasuk aktiviti niat jahat, menjadi hos kepada laman
web yang mencuri maklumat dan punca spam, kata beliau pada
taklimat media hari ini.
"Penurunan ranking Malaysia menunjukkan syarikat-syarikat
Malaysia mengambil keselamatan internet sebagai perkakasan
penting untuk menghalang syarikat daripada aktiviti kod niat
jahat," katanya.
Meskipun kelembapan ekonomi, kebanyakan syarikat di Malaysia
masih menyaksikan keperluan untuk perlindungan data dan
keselamatan internet.
"Daripada 88 peratus perusahaan kecil dan sederhana di
Malaysia yang berbelanja terhadap teknologi maklumat, 58
peratus akan terus meningkatkan perbelanjaan tahun ini,"
katanya.
Menurut penyelidik pasaran IDC, perbelanjaan teknologi
maklumat Malaysia dijangka bertambah antara empat peratus
dan lima peratus tahun ini, mencecah hampir AS$6 bilion.
(AS$1 = RM3.61).
Laporan itu menyatakan China di kedudukan pertama sebagai
negara yang paling terjejas dengan aktiviti niat jahat itu,
paling banyak serangan berasaskan laman web dan menjadi hos
laman mencuri maklumat serta punca spam untuk Asia Pasifik
dan Jepun
Kannan menjelaskan bahawa China berada di kedudukan pertama
itu disebabkan oleh teknologi maklumat yang maju dan
penyambungan jalur lebar baik yang membawa kepada
penggalakkan aktiviti tidak baik itu.
"Penjenayah siber mendapat keuntungan daripada pewujudan dan
pengedaran ancaman khusus yang mencuri maklumat rahsia
terutamanya butir akaun bank dan data kredit," katanya.
Sehingga kini, 32 peratus maklumat kad kredit dan 19 peratus
butir akaun bank terus menjadi item yang paling kerap
diiklankan memandangkan harga bagi maklumat kad kredit
adalah dari AS$0.06 hingga AS$30 setiap kad di pasaran gelap,
katanya.
Symantec merupakan peneraju global dalam menyediakan
penyelesaian pengurusan sistem, keselamatan dan penyimpanan
bagi membantu pengguna dan organisasi memelihara dan
meguruskan maklumat mereka.
- BERNAMA
