BIODATA
KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF
HAJI MOHD SAFRI BIN MAHAT,
PPT
Haji Mohd Safri
Mahat
merupakan
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Warisan MUKMIN Sdn. Bhd.
Memiliki Ijazah Sarjanamuda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (1986) serta kelulusan Akauntan Cukai (1988)
di bawah ACP. Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam
Negeri dan menjalankan khidmat perundingan cukai melalui
firmanya, SHAF & Associates. Beliau adalah salah seorang
perintis era baru pengurusan zakat di Malaysia dan telah
berkhidmat dengan Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan
serta memimpin Pusat Zakat Selangor (1995 – 2004) sebagai
Pengurus Besar.
Beliau
pernah menyandang jawatan Pengerusi Sekreteriat Pusat Zakat
Negeri-Negeri (1998-2004) dan beliau dilantik
sebagai Naib Presiden II, Persatuan Perancangan Kewangan Islam
(IRFAN) bagi sesi 2003/2004. Beliau kini menjadi perunding kepada beberapa agensi
swasta, NGO dan kerajaan, termasuk Majlis Agama Islam Negeri. Di
peringkat antarabangsa, beliau kini adalah salah seorang
penasihat kepada HTHT Advisory Services Pte Ltd, sebuah syarikat
perunding kewangan Islam di Singapura, sejak 1999. Beliau pernah
menjadi ‘Tetamu Negara’ di Istana Negara, Jakarta oleh Kerajaan
Republik Indonesia ketika membantu mewujudkan Badan Zakat
Nasional (BAZNAS), Indonesia, yang dilancarkan oleh Presiden
Megawati pada 29 Mei 2002.
Hasil
kecemerlangannya, beliau telah dianugerahkan Pingat Pekerti
Terpilih (PPT) oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2002.