PELAN PEWARISAN MUKMINFARAIDWASIATHIBAHPUSAKAPELAN PEWARISAN MUKMIN

FARAID MENURUT ZAMANHUKUM FARAIDPEMBAHAGIAN FARAIDKONSULTANSI FARAID

 

MENU UTAMA

 

 

  Laman Utama

  Kempen Menulis Wasiat

  Pesanan Perkhidmatan

  Kerjaya Perunding Pewarisan

 Perunding Kewangan Islam

  Pendaftaran Rakan

  Taklimat & Kursus

  Perkhidmatan Kami

  Perunding Eksekutif Kami

  Hubungi Kami

   

 

 
 

 

 

 

 

FARAID MENURUT ZAMANNYA

 

 

1. ZAMAN AWAL ISLAM

Pada zaman permulaan Islam, masyarakat Islam ketika itu menggunakan sistem pembahagian pusaka Jahiliyyah di mana semua ahli waris menerima pusaka kecuali perempuan dan kanak - kanak. Pada yang sama juga masyarakat Islam mementingkan perjanjian di antara satu sama lain. Perjanjian yang dimaksudkan ialah saling bantu membantu di antara satu sama lain termasuklah di kalangan sahabat Rasulullah serta kaum kerabat.

2. ZAMAN SEMASA HIJRAH

Apabila berlaku peristiwa Hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar di mana melalui persaudaraan itu , mereka juga berhak menerima pusaka sebagai tambahan kepada sistem yang ada sebelum itu.

3. ZAMAN SELEPAS HIJRAH

Setelah peristiwa Hijrah Rasulullah, syariat Islam berkembang luas di dalam kehidupan masyarakat dan turunlah ayat- ayat Al -Quran menyentuh soal peraturan hidup di antaranya untuk menentukan pewaris harta pusaka si mati melalui wasiat. Justeru itu seseorang yang hampir mati wajib berwasiat. Hukum ini kekal sehingga turun ayat ketentuan dari Allah mengenai Faraid. Namun apa yang diwasiatkan hendaklah dipatuhi termasuklah penyerahan harta pusaka kepada waris kecuali orang -orang yang mendapat Fardhu dengan syarat penyerahan harta itu tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta si mati.

Dalam masa yang sama Allah mewajibkan umat Islam melaksanakan Hukum Faraid serta tidak boleh mempertikaikan ketentuan Allah itu. Pengabaian terhadap Hukum Faraid ini boleh mengakibatkan seseorang itu memakan harta secara batil ; mungkin memakan harta anak yatim, saudara-saudaranya dari kalangan waris atau Baitul Mal. Walaubagaimanapun, apa yang perlu kita ambil perhatian ialah ancaman azab Allah yang dahsyat bagi mereka yang mengingkari hukum ini.


 

INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN FARAID ?

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat konsultansi faraid atau mempelajari faraid mengikut Kaedah Az-Zaid atau memiliki sistem e-FM, sila hubungi 03-55125886 atau emel ke

info@warisanmukmin.com

 

 

 
       
 

Kursus Cara Mudah Kira Faraid

Kaedah Az-Zaid

 

Saya berminat membuat wasiat/hibah

 

Kerjaya:

Perunding PKI Wasiat & Hibah

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com

 

Topik-Topik Mengenai Faraid:

Faraid Menurut Zaman | Hukum | Pembahagian | Konsultansi Faraid

Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:

 Wasiat | Hibah | Pusaka

 

 

 

MODEL MUAMALAT

MUKMIN

PELAN PELABURAN MUKMIN

PELAN PERLINDUNGAN MUKMIN

  PELAN PENYUCIAN MUKMIN

PELAN PEWARISAN MUKMIN