|
JENIS-JENIS HIBAH
Terdapat 2 jenis hibah
iaitu Hibah Terus (Pindahmilik) dan Hibah Beramanah (menggunakan
Pemegang Amanah)

KONTRAK
HIBAH BERSYARAT
Terdapat 2 jenis kontrak
hibah bersyarat iaitu al-'Umra dan al-Ruqba.
1. Al-'Umra
Istilah ini diambil dari
perkataan al-'Umur. Kontrak hibah jenis ini meletakkan umur
sebagai syarat hibah samada berkait dengan umur pemberi atau umur
penerima.
Al-Bukhari dan Muslim
meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Al-'Umra dibenarkan."
Muslim juga meriwayatkan
bahawa Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jagalah harta kamu dan janganlah kamu merosakkannya. Sesiapa yang
mengucapkan 'umra, ia adalah hak orang yang ditujukan 'umra itu, hidup
atau mati dan kepada keturunannya."
Hibah secara 'umra menjadi
hakmilik penerima sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan semula kepada
pemberi selama-lamanya.
2.
Al-Ruqba
Istilah ini diambil dari
perkataan Arab, ruqub atau taraqqub yang bermaksud
menunggu. Iaitu masing-masing menunggu kematian siapa terlebih dahulu.
Kontrak ini juga diterima sebagai kontrak hibah yang diakui oleh syara'.
Ini berpandukan kepada
hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Umra
dibenarkan untuk pemiliknya, begitu juga ruqba dibenarkan untuk
pemiliknya."
Kebenaran berdasarkan
hadis ini bererti bahawa pengecualian diberikan kepada kedua-dua jenis
kontrak ini terhadap anugerah bersyarat yang tidak dibenarkan.
Menurut Mughni
al-Muhtaj, al-Subki berkata: Kesahihan al'umra dan
al-ruqba bukan berpandukan kepada qias, tetapi hadis lebih
diutamakan berbanding segala usul dan segala qias.
INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PENYEDIAAN DOKUMEN HIBAH
?
Sila hubungi
Rakan Perunding Bertauliah
kami
atau tel: 03-55125886
atau emel ke info@warisanmukmin.com
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Kempen Tahun
Menulis Wasiat |
|
Saya berminat
membuat
wasiat/hibah |
|
Perunding PKI
Wasiat & Hibah |
| |

.gif) |
|

.gif) |
|

.gif) |
Topik-Topik Mengenai Hibah:
Apa Itu
Hibah |
Jenis Hibah |
Keistimewaan
Hibah
Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:
Faraid
| Wasiat
| Pusaka
|