|
PENGERTIAN ZAKAT
Dari Segi Bahasa:
Zakat dari
segi bahasa bererti Bersih, Suci, Subur, Berkat dan Berkembang. Bersih
dan Suci dalam konteks pengertian zakat ialah membersihkan harta dan
diri umat Islam – yang mana bagi mereka yang kaya daripada bersifat
kedekut dan bakhil, manakala bagi mereka yang miskin daripada sifat
dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Dari Segi Syarak:
Zakat dari
segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu
untuk diberikan kepada golongan (asnaf) tertentu yang berhak menerimanya
setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
SYARAT WAJIB
ZAKAT
1. Islam
Zakat hanya dikenakan ke
atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan
Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk
pengiraan zakat.
2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib
berzakat kecuali zakat fitrah. Walaupun, kini tidak timbul persoalan
hamba abdi, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah
satu syarat wajib berzakat.
3.
Milik Sempurna
Harta yang dimiliki
mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan
dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi
manfaat daripadanya.
4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu
wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab adalah bersamaan dengan nilai
20 misqal emas iaitu bersamaan dengan nilai 85 gram emas atau 196
gram perak. (Nilai nisab masakini lebih kurang RM4,000 bergantung kepada
harga emas semasa).
5. Cukup Haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun
Hijrah.
6. Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.
|