| |
WAWASAN
Menjadi Peneraju
Dalam Bidang Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Islam
MISI
Mengangkat Martabat Umat Melalui Sistem Muamalat Islam
TAGLINE KORPORAT
Rakan
Muamalat Anda
Bermuamalah Dengan Yakin
Syariah Keutamaan Kami
OBJEKTIF KORPORAT
1. Membantu
memperkemas dan memperkukuh Sistem Sosio-Ekonomi dan Muamalat Islam masa
kini baik dari segi dasar, struktur, prasarana, strategi dan mekanisma
perlaksanaannya supaya benar-benar berkesan dalam usaha membangun ummah.
2. Mempertingkatkan
kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pengurusan ekonomi dan
kewangan di kalangan umat Islam melalui aktiviti-aktiviti pendidikan dan
latihan dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Kewangan Islam.
3. Menawarkan
perkhidmatan lengkap dan bersepadu produk-produk berkaitan muamalat
Islam melalui pakej Pengurusan Muamalat MUKMIN (PMM) yang merangkumi
empat pelan utama yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah iaitu Pelan
Pelaburan, Pelan Perlindungan, Pelan Penyucian dan Pelan Pewarisan.
4. Mewujudkan
rangkaian Pusat Khidmat Muamalat MUKMIN iaitu Pusat Perkhidmatan Sehenti
di seluruh negara yang bertindak sebagai agensi kewangan bukan bank
(NBFI) bagi memberi kemudahan kepada umat Islam untuk berurusan dan
mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan menyeluruh serta mampu
memenuhi aspirasi pelanggan.
5. Mewujudkan
golongan usahawan Muslim yang profesional, beriman dan berilmu dalam
bidang perundingan muamalat Islam dalam memberikan nasihat-nasihat dan
panduan-panduan yang terbaik kepada masyarakat.
6. Meningkatkan
kefahaman dan memperkukuh budaya menginfak harta pada jalan ALLAH dalam
membangun dan memartabatkan sistem muamalat dan sosio-ekonomi ummah.
MAKLUMAT SYARIKAT
Nama
Syarikat : Warisan MUKMIN Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran
Syarikat : 683909-V
Alamat Perniagaan : No. 10A, Tkt 1, Jln Tengku Ampuan Zabedah 9/A, Seksyen
9
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Perhubungan
Komunikasi : Tel: 03-5548-5886;
Faks: 03-5548-5887
E-mail:
info@warisanmukmin.com
AHLI LEMBAGA PENGARAH
|
DATO’ HAJI MOHD NAHWARI HAJI HASHIM,
DSSA |

Pengerusi |
|
Dato’ Haji Mohd Nahwari Haji
Hashim
merupakan Pengerusi Warisan MUKMIN Sdn. Bhd. Berkelulusan Ijazah
Sarjanamuda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun
1974, beliau telah menjawat pelbagai jawatan dalam perkhidmatan
awam termasuk sebagai Penolong Pegawai Daerah, Penolong
Setiausaha di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Penolong
Pengarah MAMPU. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka (1987-1992) dan Pengarah Jabatan
Agama Islam Selangor (1993-1998) sebelum berkhidmat sebagai
Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, JPM sehingga
persaraannya pada bulan Mac, 2005. Beliau turut bergiat cergas
dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kini merupakan Presiden
Persatuan Tadika Islam Malaysia. |
|
HAJI
MOHD SAFRI MAHAT,
PPT |

Pengarah dan Ketua Pegawai
Eksekutif
|
|
Haji Mohd Safri
Mahat
merupakan
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Warisan MUKMIN Sdn. Bhd.
Memiliki Ijazah Sarjanamuda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (1986) serta kelulusan Akauntan Cukai (1988)
di bawah ACP. Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam
Negeri dan menjalankan khidmat perundingan cukai melalui
firmanya, SHAF & Associates. Beliau adalah salah seorang
perintis era baru pengurusan zakat di Malaysia dan telah
berkhidmat dengan Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan
serta memimpin Pusat Zakat Selangor (1995 – 2004) sebagai
Pengurus Besar.
Beliau
pernah menyandang jawatan Pengerusi Sekreteriat Pusat Zakat
Negeri-Negeri (1998-2004) dan mulai tahun 2003, beliau dilantik
sebagai Naib Presiden II, Persatuan Perancangan Kewangan Islam
(IRFAN). Beliau kini menjadi perunding kepada beberapa agensi
swasta, NGO dan kerajaan, termasuk Majlis Agama Islam Negeri. Di
peringkat antarabangsa, beliau kini adalah salah seorang
penasihat kepada HTHT Advisory Services Pte Ltd, sebuah syarikat
perunding kewangan Islam di Singapura, sejak 1999. Beliau pernah
menjadi ‘Tetamu Negara’ di Istana Negara, Jakarta oleh Kerajaan
Republik Indonesia ketika membantu mewujudkan Badan Zakat
Nasional (BAZNAS), Indonesia, yang dilancarkan oleh Presiden
Megawati pada 29 Mei 2002.
|
|
|