|
TIGA
SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU
MEMILIKI DOKUMEN WASIAT
Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki
dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya
diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.
1.
MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA
Apabila
berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan.
Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran
Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah
dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap
dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta
sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka
dapat diselesaikan.
Secara
umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di
antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih)
tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama
itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang
kita tinggalkan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk topik
“Pentadbiran Pusaka”.
Pernahkah anda terfikir apa akan
berlaku kepada isteri/suami dan orang-orang kesayangan anda jika anda
meninggalkan mereka tanpa wasiat? Kemungkinan besar, inilah yang akan
berlaku:
Susah Payah Akibat Birokrasi
Mahukah anda membiarkan isteri dan orang yang anda sayangi
berpenat-lelah ke hulu ke hilir turun-naik mahkamah untuk
mendapatkan haknya (menyediakan pelbagai keperluan mahkamah -
fakta-fakta, dokumen, pembuktian dsbnya), serta mengharungi
pelbagai birokrasi pejabat untuk menguruskan harta bermasalah yang
anda tinggalkan kepada mereka (dalam ertikata lain - tidak terurus &
"berterabur" di sana-sini), akibat tiada persediaan & perancangan?
Tekanan Jiwa Akibat Perbalahan &
Hilang Punca Pendapatan
Tanpa persediaan, orang kesayangan anda akan mengalami tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan
perebutan yang mungkin berlaku di kalangan kaum keluarga dan
saudara-mara, yang sepatutnya membantu tetapi sebaliknya lebih
banyak menyusahkan!!
Berdasarkan fakta, begitu
banyak
kes yang tidak dapat diselesaikan
akibat tidak mendapat kerjasama daripada saudara-mara dan ahli keluarga
atas pelbagai sebab!
Bayangkan, pada masa yang sama beliau perlu
memikirkan bagaimana untuk menggantikan punca pendapatan yang hilang
bagi menyara kehidupan mereka seterusnya, tanpa anda!!!
2.
MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
Pada
zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang,
ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam
untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut
menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang,
walaupun selepas kematian.
Antara
peringatan yang disabdakan oleh
Rasulullah saw:
Sesungguhnya
orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut
diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat
At-Tabrani
Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
-
Hadis riwayat Muslim
Berdasarkan hadis-hadis di atas,
bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris &
saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala
tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.
Persoalannya:
Tahukah
saudara mara dan waris-waris anda mengenai hutang-hutang yang anda
ada? Berapa ramai di antara anda yang mempunyai hutang tetapi tidak
bertulis sedangkan itulah yang disarankan di dalam al-Quran?
Sekiranya ini berlaku iaitu bagi hutang yang tidak bertulis, apakah
jaminan bahawa hutang-hutang tersebut akan diselesaikan oleh
waris-waris anda?
Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah
untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan
tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris
anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan
satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah
yang akan menjadi
sumber rujukan utama
mengenai harta dan tanggungan anda
selepas ketiadaan anda kelak.
Tanpa dokumen wasiat, waris-waris tidak boleh berbuat apa-apa
mengenai hutang-hutang anda (sebab mereka tidak tahu), dan anda juga
tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu (sebab tiada peluang kedua untuk
anda kembali ke dunia!).
Jadi…
Mahukah anda terbelenggu (dengan siksaan yang AMAT PEDIH) di kubur (selagi hutang
kita tidak diselesaikan…, selama mana pula???) dan dosa tidak
diampuni (apatah lagi jika bukan mati syahid), akibat kelalaian dan
kemalasan anda sendiri membuat persediaan? Masihkah anda sanggup
BERTANGGUH LAGI
seolah-olah ia perkara sampingan? …sedangkan
KEMATIAN adalah
PASTI???
3.
MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
- untuk
diri anda (yang pasti
akan mati!)
a)
Menyempurnakan HAK
(waris yang ditinggalkan)
Menurut
Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak
tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut
telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum
faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB
untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya
waris-waris) untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun
terdapat salah faham dalam
masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka
tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid.
Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka
(waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri
tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut
dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sedarkah
anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam
melaksanakan hukum faraid ini?
Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan
Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat
diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah
milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta
umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat
bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak
faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung
dosa-dosa ini?
Keadaan
di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri
dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita
sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita
pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang
lengkap
dan sempurna, sudah tentu akan dapat
MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah,
isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak
harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.
b)
Menyempurnakan HASRAT
(pahala berkekalan)
Di
samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga
boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya
untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau
membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan
seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu
bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama
Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).
Begitu
juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan
berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan
sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila mati
seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang
sentiasa mendoakannya.
- Hadis riwayat
Muslim
FIKIRKAN AKIBATNYA...
Kepada Orang Tersayang....
>>
Sanggupkah kita menganiaya kaum keluarga dan orang-orang yang kita sayangi
dengan menyusahkan mereka selepas ketiadaan kita dan apatah lagi
sehingga mereka tidak mendapat hak mereka akibat kelalaian kita?
Kepada Diri Sendiri....
>> Dan sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri dengan
SIKSAAN yang
AMAT PEDIH akibat kegagalan kita menunaikan tanggungjawab kita
ketika di dunia sekarang ini?!!
KESIMPULAN
KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?
YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika
masih hidup inilah kita harus beringat!
Ingat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:
Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:
1.
Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit
2.
Waktu muda sebelum tibanya waktu tua
3.
Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin
4.
Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit
5.
Waktu hidup sebelum mati
Hari ini, kita masih ada peluang untuk merancang dan membuat
persediaan. Kita masih ada kesempatan untuk memilih dan berusaha
melaksanakan apa yang kita inginkan. Tapi malangnya, ramai di antara
kita memilih untuk BERTANGGUH dan terus BERTANGGUH. Alasannya tiada
masa! Sedarkah anda, ini bermakna anda kini tergolong dalam kategori
orang yang telah kesempitan waktu! Berdasarkan hadis di atas ia
merupakan kategori yang keempat dan di kedudukan yang amat kritikal
dan merbahaya sekali! Apa tidaknya, dengan kesibukan dan kesempitan
masa, sudah pasti tidak ada apa yang boleh kita lakukan untuk
membuat sebarang persediaan, melainkan hanya kesibukan kita mengejar
kehidupan dunia yang tidak pasti bila kesudahannya hidup kita.
Ingatlah, semua nikmat ini akan hilang dan semua kesempatan ini akan
luput, sebaik sahaja malaikat Izrail menjemput kita. TIADA
lagi ‘Peluang Kedua’ untuk kita, TIADA lagi perkataan ‘Nanti
Dulu’ dalam kamus kita, tiada apa-apa lagi yang mampu kita lakukan,
selain amalan dan persediaan-persediaan yang telah kita lakukan
ketika kita masih hidup ini.
Apakah pilihan yang anda ada
sekarang?
Jawapannya ialah...
|
***** ANDA TIADA PILIHAN *****
JANGAN BERTANGGUH LAGI WALAU SESAAT
(kerana saat kematian kita sendiri telah ditetapkan, tidak akan
dilewat atau dipercepatkan walaupun sesaat!!).
Dikhuatiri....
SESAAT KITA BERTANGGUH,
MEMBUAT KITA MERANA
SELAMA-LAMANYA!
Luangkanlah sedikit masa untuk
memiliki satu dokumen wasiat
peribadi untuk anda…. Suatu dokumen yang mungkin dianggap remeh,
tetapi sangat bernilai untuk kita miliki dan tinggalkan sebagai
peninggalan terpenting bagi rujukan dan keperluan waris-waris kita !
Rasailah
ketenangan hati dan fikiran selepas anda memilikinya, InsyaALLAH…
KESIMPULAN
Masa terbaik untuk anda membuat
persediaan ialah HARI
INI dan SEKARANG!!!
Milikilah dokumen wasiat anda
sekarang,
sementara masa masih ada!
Ingat sekali lagi….
SELEPAS KEMATIAN...
TIADA PELUANG KEDUA UNTUK KEMBALI KE DUNIA
UNTUK MEMBETULKAN KELALAIAN ANDA!!!
|
INGIN MENDAPATKAN SEGERA
KHIDMAT PENULISAN WASIAT ISLAM KAMI ?
Sila berhubung dengan
Rakan Perunding Bertauliah
kami,
atau membuat pesanan secara
Online.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Kempen Tahun
Menulis Wasiat |
|
Saya berminat
membuat
wasiat/hibah |
|
Perunding PKI
Wasiat & Hibah |
| |

.gif) |
|

.gif) |
|

.gif) |
Topik-Topik Mengenai Wasiat:
|
Pengertian Wasiat |
Keperluan Wasiat
| Lagi Wasiat
| Perbandingan
|
| Produk
Wasiat AmanahRaya |
Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:
| Faraid
| Hibah |
Pusaka
|
|