|
MEMBINA KERJAYA
MULIA SEBAGAI PERUNDING MUAMALAT
WarisanMUKMIN telah merangka satu program keusahawanan bagi memperluas dan
mempergiatkan lagi penyampaian perkhidmatan ini. Kami mempelawa individu
yang dinamik dan berwawasan seperti anda untuk membina kerjaya bersama
kami sebagai Perunding Muamalat – RakanMUKMIN. Terdapat
empat pangkat
atau status RakanMUKMIN yang
boleh disertai iaitu e-MUKMIN, Wakil, Pengurus Kumpulan dan
Perunding Eksekutif.
Sertai kami hari ini !
| |
KERJAYA:
PERUNDING MUAMALAT |
|
| |
Kerjaya Mulia

Kerjaya Profesional

Kerjaya Lumayan
 |
|
|
Keistimewaan Hebat |
Kelayakan |
|
·
Melakukan kerjaya mulia
·
Meningkatkan pengetahuan
·
Meningkatkan imej profesional
·
Potensi pendapatan tiada had
·
Pelan pemasaran dan struktur komisen yang terbaik di pasaran
·
Menawarkan perkhidmatan kewangan yang luas, lengkap dan
fleksibel
·
Waktu bekerja yang fleksibel
· Trip ke luar negara, anugerah dan pengiktirafan umum
· Sokongan latihan, pemasaran, promosi dan banyak lagi |
·
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
·
Pemegang diploma atau Ijazah digalakkan memohon
·
Mempunyai rangkaian hubungan yang baik
·
Sepenuh masa atau separuh masa
·
Mempunyai keinginan dan keazaman yang tinggi untuk berjaya di
dalam kerjaya
·
Mereka yang ingin mengadakan kerjasama strategik bersama Warisan
MUKMIN, sila berhubung dengan kami. |
MENGAPA ANDA PERLU MENJADI PERUNDING MUAMALAT?
Kerana anda
akan menyertai industri yang mempunyai pasaran yang terbentang luas
dengan potensi peningkatan yang amat-amat memberansangkan? Pada ketika
ini, dengan sokongan kerajaan, produk dan perkhidmatan kewangan Islam
semakin mendapat tempat dan sedang berkembang pesat di Malaysia. Namun
begitu, kedudukan orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam masih
jauh ketinggalan dalam aspek perancangan kewangan.
Berikut
adalah fakta ringkas mengenai Industri Pengurusan
Kewangan Peribadi di Malaysia:
Pelan Pewarisan
- Perancangan Aset Muslim
Ini adalah
aspek yang paling terkebelakang dalam bidang ini.
Lihat sahaja dalam
aspek penulisan wasiat khususnya di kalangan masyarakat
Melayu Islam di negara ini, di mana pasaran untuk
diterokai adalah teramat luas. Berdasarkan statistik
semasa, setakat ke hari ini hanya terdapat sebanyak
200,000 wasiat ditulis di Malaysia berbanding lebih
daripada 10 juta orang dewasa yang berpotensi untuk
menulis wasiat. Daripada jumlah wasiat yang ditulis
tersebut hanya 20% sahaja ditulis oleh orang Melayu/Islam.

Ini bermakna kini hanya baru 1%
orang yang menulis wasiat, iaitu terdapat lebih daripada 99%
lagi pasaran berpotensi yang belum diterokai.
Pelan Perlindungan
- Industri Takaful
Menurut
laporan ekonomi 2007 sehingga kini, industri takaful hanya mewakili 6 peratus daripada keseluruhan industri insuran di Malaysia.
Pelan Pelaburan
- Industri Unit Amanah
Nisbah saiz
pelaburan unit amanah berbanding simpanan tetap ialah sebanyak 1:6 iaitu
dalam setiap RM6 pelaburan di dalam simpanan tetap, terdapat hanya RM1
mewakili pelaburan di dalam unit amanah.
Pelan Penyucian
- Pembayaran Zakat
Berdasarkan
statistik pembayaran zakat yang ada, sehingga kini tidak sampai 15 peratus sahaja umat Islam yang layak telah membayar zakat harta mereka.
Ruang Potensi Yang Luas
Fakta-fakta
di atas menunjukkan terdapat begitu banyak ruang lagi untuk berkembang
dalam bidang pengurusan kewangan ini sama ada di dalam industri takaful,
pelaburan unit amanah, pembayaran zakat dan perancangan pusaka
(estate planning).
BAIKLAH. TETAPI KENAPA PERLU SERTAI
WarisanMUKMIN
?
1.
Konsep dan Model
Merupakan
yang pertama seumpamanya di Malaysia khususnya dalam bidang perancangan
kewangan peribadi untuk umat Islam.
2.
Produk Perkhidmatan Yang Luas
Rangkaian
produk kewangan peribadi Muslim yang luas, lengkap dan bersepadu serta
harga yang berpatutan dan kompetitif dengan ‘tambahan nilai’ kepada
produk-produk yang ditawarkan.
3.
Potensi Pasaran
Pasaran
dalam bidang pengurusan kewangan ini begitu luas dan begitu banyak ruang
untuk berkembang. WarisanMUKMIN
menjadikan Pelan Pewarisan sebagai
tumpuan utama dan ‘door opener’ kepada pelan-pelan yang lain.
4.
Sistem Pemasaran dan Penyampaian Perkhidmatan
Perkhidmatan disampaikan melalui rangkaian Pusat Khidmat Sehenti di
seluruh negara yang mempunyai satu sistem perkhidmatan yang standard di
bawah jenama WarisanMUKMIN.
Sistem agensi dan perlantikan
wakil digunakan untuk penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dengan
pertumbuhan yang lebih cepat.
5.
Teknologi ICT
Penggunaan
ICT sentiasa menjadi keutamaan dan teras WarisanMUKMIN. Rangkaian Pusat
Khidmat di seluruh negara dilengkapi dengan sistem kutipan dan agensi
online, sistem e-faraid MUKMIN, sistem e-wasiyyah dan sistem e-komunikasi.
6.
Wawasan dan Halatuju
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah selaras dengan wawasan dan halatuju
kepimpinan negara masa kini merujuk kepada pendekatan Islam Hadhari,
Gelombang Ketiga Sistem Kewangan Islam serta Pembasmian Kemiskinan
melalui Pembangunan Sosio-Ekonomi Ummah sepertimana yang diumumkan di
dalam Rancangan Malaysia Ke-9 baru-baru ini.
WarisanMUKMIN
kini telah bersiap sedia untuk menjadi institusi terulung di dalam
industri Perancangan dan Pengurusan Kewangan Islam ini.
|