PELAN PEWARISAN MUKMINFARAIDWASIATHIBAHPUSAKAPELAN PEWARISAN MUKMIN

FARAID MENURUT ZAMANKEPENTINGAN FARAIDPEMBAHAGIAN FARAIDKONSULTANSI FARAID

 

MENU UTAMA

 

 

  Laman Utama

  Kempen Menulis Wasiat

  Pesanan Perkhidmatan

  Kerjaya Perunding Pewarisan

 Perunding Kewangan Islam

  Pendaftaran Rakan

  Taklimat & Kursus

  Perkhidmatan Kami

  Perunding Eksekutif Kami

  Hubungi Kami

   

 

 
 

 

 

 

 

KONSULTANSI FARAID

 

 

 

KONSULTANSI FARAID

 

Faraid merupakan suatu hukum yang amat jelas kefardhuannya. Kepentingan untuk mempelajari ilmu faraid ini juga amat dianjurkan oleh Rasulullah saw. Namun amat mendukacitakan sekali kerana hingga kini faraid masih lagi begitu asing dan amat jauh terkebelakang dari sudut kefahaman apalagi lagi dari sudut kemahiran sehingga menjejaskan amalan dan perlaksanaannya.

 

 

Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi penekanan yang begitu kuat supaya umat Islam mempelajari ilmu Faraid ini sebagaimana sabda baginda di dalam sebuah hadis:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.

- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah

 

Di dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.

- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud

 

 

Maka atas dasar inilah WarisanMUKMIN telah meletakkan FARAID sebagai salah satu daripada keutamaan kami dalam perkhidmatan Pelan Pewarisan MUKMIN yang ditawarkan.

 

Untuk memahami dan melaksanakan sebarang perancangan pewarisan, seseorang itu harus memahami dan mengetahui carta warisan faraidnya terlebih dahulu. Malah WarisanMUKMIN meletakkan sistem faraid sebagai instrumen pertama dan utama dalam melaksanakan aktiviti perancangan kewangan bagi seorang Muslim di bawah program Pengurusan Muamalat MUKMIN.

 

 

KAEDAH AZ-ZAID

 

Bagi memastikan misi memperjuangkan hukum faraid ini di tempatnya, WarisanMUKMIN kini telah membentuk satu kaedah dan modul khas bagi umat Islam untuk memahami dan mempelajari Ilmu Faraid secara mudah dan praktikal. Kaedah dan modul khas ini dinamakan “Kaedah Az-Zaid” sempena mengambil nama sahabat nabi yang bernama Zaid bin Thabit yang merupakan seorang pakar dalam Ilmu Faraid sepertimana disabdakan oleh Rasulullah saw:

 

“Orang yang paling arif mengenai ilmu faraid ialah Zaid bin Thabit.”

- Hadis riwayat Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah.

 

Kaedah Az-Zaid yang diperkenalkan oleh WarisanMUKMIN ini merupakan satu kaedah mudah dan praktikal untuk mempelajari ilmu faraid sehinggalah kepada pengiraan pembahagian faraid. Ianya amat sesuai untuk dipelajari oleh mereka yang tidak mempunyai banyak masa atau mempunyai masa yang amat terhad dan juga mereka yang terlibat dalam industri Perancangan Kewangan Peribadi kerana ia lebih ringkas, cepat dan berkesan serta ianya amat membantu dalam urusan memberi khidmat perundingannya.  

 

 

SISTEM e-FARAID MUKMIN (e-FM)

 

Di samping itu selaras dengan era teknologi masa kini, WarisanMUKMIN juga telah membangunkan sendiri sistem e-faraid yang begitu mudah digunakan bagi memudahkan orangramai khususnya ahli-ahli Rakan MUKMIN dalam memberi khidmat konsultansi faraid.

 


 

INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN FARAID ?

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat konsultansi faraid atau mempelajari faraid mengikut Kaedah Az-Zaid atau memiliki sistem e-FM, sila hubungi 03-55125886 atau emel ke

info@warisanmukmin.com

 

 

 
       
 

Kursus Cara Mudah Kira Faraid

Kaedah Az-Zaid

 

Saya berminat membuat wasiat/hibah

 

Kerjaya:

Perunding PKI Wasiat & Hibah

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com

 

Topik-Topik Mengenai Faraid:

Faraid Menurut Zaman | Hukum | Pembahagian | Konsultansi Faraid

Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:

 Wasiat | Hibah | Pusaka

 

 

 

MODEL MUAMALAT

MUKMIN

PELAN PELABURAN MUKMIN

PELAN PERLINDUNGAN MUKMIN

  PELAN PENYUCIAN MUKMIN

PELAN PEWARISAN MUKMIN