
Sesungguhnya senario ini amat membimbangkan kita yang mana
begitu banyak harta-harta umat Islam yang terbeku yang mengakibatkan ekonomi
umat Islam tidak dapat
dibangun dan dimajukan secara berkesan, malah terbiar begitu
sahaja.
Pada saya, apa yang lebih membimbangkan kita daripada fakta ini
ialah bersabit soal hukum faraid itu sendiri!
Dalam kes di atas, suatu yang sudah pasti ialah:
Hukum Faraid tidak dilaksanakan
sepertimana yang diperintahkan ALLAH SWT kepada kita sebagai
hambaNYA!
Secara jelas, masalah ini timbul berpunca dari
ketidakfahaman masyarakat Islam berkaitan pengurusan pewarisan
harta pusaka termasuklah berkaitan Ilmu Faraid. Sekiranya umat
Islam benar-benar memahami ilmu ini, tentu kita tidak akan
membiarkan keadaan ini berlaku sehingga berjumlah begitu besar
sekali.
Apa balasannya jika sesuatu hukum wajib itu tidak dilaksanakan?
Hukumnya BERDOSA. Ya, hukum tidak melaksanakan suatu yang wajib
adalah BERDOSA! Siapa yang berdosa? Bukankah ini satu persoalan
yang cukup besar kesannya?
Itu tidak termasuk kes makan harta secara batil seperti makan
harta amanah, harta anak yatim dan seumpanya iaitu makan harta
yang bukan haknya! Berapa banyak juga kes perbalahan antara
keluarga disebabkan berebut harta! Cuba lihat kes seperti di
dalam akhbar ini:

Tuntutan Mempelajari Ilmu
Faraid dan Mengajarkannya
Oleh sebab itulah, amat penting sekali umat Islam
mempelajari Ilmu Faraid ini. Dalam hal ini, Rasulullah
s.a.w. sendiri telah memberi peringatan kepada umat
Islam agar tidak mengabaikan ilmu ini. Baginda bersabda:
"Pelajarilah ilmu faraid dan
ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati,
ilmu ini juga akan mati dan akan
berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang
bertelingkah kerana harta pusaka,
mereka tidak dapat menemui sesiapa yang boleh
menyelesaikan kes mereka."
(Hadith riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a.)
"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia
sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah
daripada ilmu. Ia juga adalah
ilmu
yang pertama dicabut daripada umatku."
(Hadith riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)
FARAID: Ilmu yang dilupakan
Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Ilmu
Faraid merupakan satu ilmu yang telah dilupakan oleh
masyarakat Islam kita pada hari ini. Cuba kita tanya
diri kita sendiri, adakah kita tahu ataupun mahir dengan
Ilmu Faraid?
Berdasarkan pengalaman saya ketika mengadakan sesi
perundingan dan ketika memberi ceramah, rata-rata
kebanyakan mereka memang tidak mengetahui akan ilmu ini.
Ada yang tak tahu langsung, ada yang tahu sedikit sahaja,
ada juga yang pernah belajar tapi dah lupa. Dan
kebanyakan mereka kata tak perlu ambil tahu sangat, bila
perlu nanti boleh tanya saja para ustaz dan pak-pak
imam.
Tapi sedarikah anda bahawa ramai juga ustaz-ustaz dan
tuan-tuan imam yang tak tahu bab ilmu faraid ini. Bila
ditanya, biasalah jawapan standard mereka: "Dulu ada
belajar, tapi dah lupa." Kalau tak percaya, cuba hari
ini anda pergi ke masjid atau ke pejabat agama, rasanya
tak ramai yang dapat memberikan jawapannya. Kalau tahu
pun, seorang dua saja kat situ.
Bukan tujuan saya nak memperkecilkan mereka. Ini satu
realiti @ kenyataan dan meyakinkan kita bahawa hadith
Rasulullah s.a.w. itu memang benar dan dah pun menjadi
suatu kenyataan! Faktanya: Ilmu Faraid dah dilupakan!
Jadi, apakah hukum mempelajari
Ilmu Faraid? Hukumnya adalah:
i.
Fadhu Ain ke atas setiap individu Muslim yang mukallaf
ii. Fardhu Kifayah kepada satu pihak yang lain, di
mana jika tiada seorang pun yang
melaksanakannya, maka semua orang Islam akan menanggung
dosanya.
Susah ke belajar Ilmu Faraid?
Ramai yang saya temui mengatakan belajar Ilmu Faraid ini
susah. Banyak perkara yang nak dihafal, dan banyak
angka-angka yang nak diingat. Dan yang paling mencabar
dan paling ramai gagal ialah nak mengira sehingga dapat
jawapan @ penyelesaiannya.
Sebenarnya, belajar Ilmu Faraid ini tak susah kalau kita
tahu teknik dan caranya yang betul. Serupalah juga macam
nak belajar ilmu-ilmu yang lain, contohnya nak menghafal
sifir atau menyelesaikan kes-kes matematik. Kalau tahu
teknik dan pendekatan yang mudah, semuanya akan jadi
senang.
Contoh lain, anak-anak ketika belajar membaca atau
mengaji. Kalau masa dulu, kita mengambil masa yang lama
untuk dapat membaca atau mengaji. Tapi sekarang, dengan
pelbagai teknik dan cara, dalam masa yang singkat sehari
dua, dan ketika usia yang masih rendah dah lancar
membaca dan mengaji. Bukan begitu?
Begitulah juga dengan belajar Ilmu Faraid ini. Kalau
kita tahu kaedah dan teknik yang betul, dengan alat-alat
bantuan yang bersesuaian, InsyaALLAH semuanya menjadi
mudah!
Bagaimana caranya? Baca seterusnya...
KURSUS FARAID MELALUI KAEDAH
AZ-ZAID (SECARA PRAKTIKAL)
UNTUK PERUNDING KEWANGAN ISLAM
Saya ingin memperkenalkan kepada anda mengenai satu
kaedah yang saya temui hasil daripada pembelajaran,
kajian dan pengalaman saya beberapa tahun dalam ilmu
Faraid ini. Kini saya telah berjaya menghasilkan satu
Modul Khas belajar ilmu faraid secara mudah, cepat dan
praktikal yang mana telah terbukti berjaya dipelajari
dengan mudah oleh pelajar-pelajar yang pernah saya
ajarkan di dalam kursus faraid yang saya kendalikan.
|
TESTIMONI 1 |
|

Cr. Haji Zulkifli bin Md Saad
Perunding
Eksekutif (PE053)
Cheras ,
Kuala Lumpur |
"Alhamdulillah,
setelah mengikuti Kursus Faraid Kaedah ‘Az-Zaid’
ini, saya dapati ianya lebih mudah untuk
difahami dan jelas mengenai asas-asas pengiraan
dan pembahagian faraid dilaksanakan. Ini amat
membantu saya dalam memberi penerangan kepada
klien dalam proses penyedian dokumen pengurusan
harta atau dokumen wasiat.
Adalah disarankan Kursus Faraid
Kaedah ‘Az-Zaid’ ini diperluaskan kepada
masyarakat umum agar ilmu Faraid ini dapat
difahami serta dihayati secara menyeluruh oleh
umat Islam. Terima kasih dan tahniah kepada
pengurusan Warisan Mukmin yang telah mengambil
inisiatif mengimarahkan Ilmu Faraid ini yang
kian dilupai oleh masyarakat Islam kini.
Didoakan usaha ini mendapat
keberkatan serta rahmat Allah."
|
|
Kaedah ini saya namakan "Kaedah Az-Zaid"
mengambil sempena nama salah seorang sahabat Rasulullah
yang pakar dalam bidang ilmu faraid iaitu Zaid bin
Thabit. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang yang paling arif tentang
ilmu faraid ialah Zaid bin Thabit"
(Hadith riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Alhamdulillah juga, berdasarkan pengalaman saya mengajar
ilmu faraid dengan menggunakan kaedah ini, ramai
pelajar-pelajar saya yang berpuas hati dan telah dapat
memahami dengan mudah apakah itu ilmu faraid,
sehinggalah kepada mendapatkan jawapan dan penyelesaian
kepada permasalahan faraid yang diberikan.
|
TESTIMONI 2 |
|

Mat Zahari bin
Mohd Yassin
Perunding
Eksekutif (PE082)
Wangsa Maju,
Kuala Lumpur |
"Setelah
menghadiri "Kursus Faraid Melalui Kaedah
'Az-Zaid'" yang dikendalikan oleh Syarikat
Warisan Mukmin Sdn Bhd, saya berasa lebih
bersedia dan 'confident' untuk memberi
penerangan tentang Wasiat dan Faraid.
Kursus tersebut telah
memperjelaskan dengan terperinci akan
hukum-hukum pembahagian serta latihan pengiraan
mengikut prosedur dan teknik yang cukup teratur.
Pihak Warisan Mukmin telah
mencipta beberapa Carta yang mana dapat memberi
gambaran yang jelas secara kreatif akan teori
dan pembahagian mengikut Faraid."
|
|
Malah, yang paling memberansangkan, ada di antara
pelajar-pelajar saya, sebelum mengikuti kursus ini,
tidak tahu apa-apa langsung (kosong dan zero) mengenai
ilmu Faraid, tapi selepas ikuti kursus ini,
alhamdulillah, bukan sahaja dapat menimbulkan minat
mereka untuk mempelajari dan mendalami lebih lanjut
mengenai ilmu faraid, tetapi yang lebih mengujakan
mereka ialah, mereka dapat mempelajari ilmu faraid ini
dalam masa yang begitu singkat (kursus sehari sahaja -
sudah tentu menjimatkan masa mereka yang sentiasa sibuk
sebagai perunding kewangan), malah mereka boleh
memberikan khidmat perundingan faraid kepada para
pelanggan mereka dan menyelesaikan permasalahan faraid
yang dikemukakan kepada mereka.
|
TESTIMONI 3 |
|

Haji Zulfakar bin
Rahmat
Perunding
Eksekutif (PE104)
Klang, Selangor |
"Mempelajari
ilmu Faraid hukumnya fardhu kifayah, yang
bererti hendaklah di antara kita yang
mempelajarinya dan kalau semua orang
meninggalkannya maka berdosalah kita semua.
Sebelum menghadiri kursus
Faraid yang dianjurkan oleh
Warisan MUKMIN Sdn Bhd
ini,
saya amat dhaif tentang ilmu berkaitan dengan
pembahagian harta pusaka (faraid).
Alhamdulillah, selepas mengikuti kursus tersebut
serta latihan amal faraid mengikut kaedah
Az-Zaid ini, saya kini bukan sahaja telah
memahami asas-asas ilmu Faraid tetapi juga telah
berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain
khususnya waris-waris yang menghadapi masalah
pembahagian harta pusaka mereka."
|
|
Di sini saya ingin berikan sedikit gambaran mengenai
kursus ini sebagai panduan anda. Kursus ini dibahagikan
kepada 2 sesi utama.
Sesi I: Prinsip Asas Ilmu Faraid Menurut Syariat
Islam.
Biasanya, pada sesi ini saya bersama dengan salah
seorang pakar faraid iaitu Dr Yusuf Ramli, yang juga
merupakan salah seorang ahli panel Syariah Warisan
MUKMIN Sdn Bhd, dan ahli panel Syariah
Bank Islam Malaysia Berhad.
Sesi ini lebih menumpukan kepada sejarah, falsafah,
prinsip-prinsip dan hukum-hakam yang berkaitan dengan
ilmu Faraid dari perspektif syarak.
Sesi II: Kaedah Praktikal Pengiraan & Penyelesaian
Masalah Faraid
Sesi ini akan dikendalikan oleh saya sendiri.
Para peserta akan diajar secara langkah demi langkah
melalui modul yang disusun. Dalam proses ini, para
pelajar akan dibekalkan dengan alat-alat bantuan bagi
memudahkan pembelajaran seperti Gambarajah Carta
Struktur Faraid, Jadual-Jadual Faraid bagi Waris Fardhu,
Waris Ganti dan Waris Sisi, Jadual-Jadual Hijab bagi
Lelaki dan Perempuan.

Bagi memudahkan proses pembelajaran, para pelajar akan
diberikan banyak latihan-latihan secara praktikal
melalui pelbagai kes yang disediakan untuk diselesaikan.
|
TESTIMONI 4 |
|

Rohana binti Wagio
Perunding
Eksekutif (PE080)
Meru, Klang, Selangor |
"Melalui
Kursus Faraid saya dapat mempelajari kaedah
penyelesaian pelbagai kes yang berkaitan hukum
faraid dengan lebih mudah. Kursus ini baik sebab
ianya banyak memberi penekanan kepada latihan
praktikal untuk memantapkan pemahaman untuk
menyelesaikan pelbagai jenis kes faraid
menggunakan formula-formula dan jadual faraid
yang senang untuk difahami.
Jika
anda ingin mengetahui bagaimana menyelesaikan
kes faraid dengan cepat dan pantas, kursus ini
amat sesuai untuk anda."
|
|
InsyaALLAH, kursus akan dikendalikan dalam suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Tambah seronok lagi
bila masing-masing dapat menyelesaikan kes-kes yang
diberikan dengan jayanya!
Dengan ini, saya ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan
sekelian yang berminat untuk mempelajari ilmu faraid
untuk menghadiri kursus yang akan saya kendalikan
seperti di bawah: