|   Laman Utama   |   Maklumat Korporat   |   Panel Syariah   |   Perkhidmatan Kami   |   Jadual Aktiviti   |    Pesanan Perkhidmatan   |   Hubungi Kami   |

 

PERKHIDMATAN

 

PELAN PELABURAN MUKMIN

PELAN PERLINDUNGAN MUKMIN

  PELAN PENYUCIAN MUKMIN

PELAN PEWARISAN MUKMIN

 

 

 

 

 

 

P A N E L   P E N A S I H A T   S Y A R I A H

 

 

  PROFESOR MADYA DR. MOHD DAUD BAKAR

Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar ialah mantan Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah Syariah daripada Universiti Kuwait dan Ph.D daripada University of St. Andrews, Scotland. Beliau merupakan pakar di dalam bidang Sistem Perundangan Islam, Perbankan dan Kewangan Islam serta Perundangan Zakat.

 

Beliau bergiat aktif sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah kepada beberapa institusi kewangan di Malaysia termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA), HSBC Bank Malaysia dan Takaful Nasional Bhd. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaburan Dana Aman, Pacific Mutual Fund. Beliau juga aktif sebagai Ahli Lembaga Penasihat Syariah di peringkat antarabangsa seperti Dow Jones Islamic Market Index (New York), Unicorn Investment Bank (Bahrain), Financial Guidance (USA), BNP Paribas (Bahrain) dan Keppel Insurance (Takaful) Ltd of Singapore. Beliau juga adalah Panel Syariah kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

 

  PROFESOR DR. ABDULLAH @ ALWI HJ. HASSAN

 

  Profesor Dr. Abdullah @ Alwi Hj Hassan merupakan Ketua Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau memperolehi ijazah pertamanya di Universiti al-Azhar, Kaherah dalam bidang Al-‘Aliyah (Syariah), Ijazah Sarjana di University of Kent, Cantebury, England dalam bidang Undang-Undang Perundangan dan Ph.D dalam bidang Undang-Undang Islam di University of Edinburgh, Scotland, UK. Bidang kepakaran beliau ialah di dalam bidang Ekonomi Islam, Undang-undang Islam di Malysia, Institusi-institusi Islam di Asia Tenggara dan Peradaban Islam.

Kini beliau merupakan ahli Panel Penasihat Syariah kepada OCBC Bank Malaysia. Beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah Al-Hidayah Investment Bank (Labuan) Ltd., Ahli Lembaga Pengajian Program Ijazah Sarjana Undang-Undang Eksekutif, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Editor Perunding Jurnal ‘Ulum Islamiyyah, Kolej Universiti Islam Malaysia dan penilai luar bagi pengukuhan Panel Fellow, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Beliau juga aktif dalam membentang kertaskerja, menulis artikel, jurnal-jurnal akademik dan telah menerbitkan beberapa buah buku khususnya dalam bidang Muamalat Islam.

 

 

  DR. YUSOF RAMLI

   

Dr. Yusof Ramli merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau adalah pakar dalam bidang Faraid, Pengurusan Hartanah Islam, Perundangan Islam, Ekonomi Islam dan Zakat. Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Jabatan Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1982. Beliau mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang faraid dan pentadbiran harta pusaka umat Islam di Malaysia dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Muamalah Islam dari Universiti Malaya.