|
PANDUAN RINGKAS MENGIRA
ZAKAT
ZAKAT PENDAPATAN
Cara untuk
mengira zakat pendapatan :
Cara 1
: (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun)
Contoh :
Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat ialah : 2.5% x
RM100,000 = RM2,500 setahun.
Cara 2
: (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)
Contoh :
Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan asasi dan wajib
setahun ialah RM14,000 maka, zakat adalah 2.5% atas RM10,000 = RM250
setahun
ZAKAT PERNIAGAAN
2.5% atas
harta perniagaan yang layak dizakat yang bersamaan atau melebihi nisab.
Harta
perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih + pelaburan
jangka pendek didarab dengan 2.5%).
Secara
praktiknya, lihat pada kunci kira-kira perniagaan.
Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan Muslim, ambil kira peratus
milik Muslim sahaja dalam harta tersebut.
ZAKAT SIMPANAN
2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan.
Contoh :
Jika jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah
RM20,000, maka zakat ialah: 2.5% x RM20,000 = RM500 setahun.
ZAKAT SAHAM
2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah
ditolak hutang atas saham-saham tersebut).
ZAKAT KWSP
Caruman pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat
dua pendapat di dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:
1.
Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini,
zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan
sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%.
Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM100,000 maka
zakatnya, adalah RM2,500.
2.
Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini,
wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup
nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman
majikan). Ini bermakna ianya wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap
tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih
berada di dalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman
melebihi nisab. Contohnya seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya
sebanyak RM40,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM1,000 bayaran zakat bagi
tahun tersebut.
ZAKAT EMAS DAN PERAK
2.5% atas nilai emas semasa yang disimpan setahun (dengan
syarat tidak kurang dari paras nisab). Bagi emas perhiasan yang dipakai
ia tidak dikenakan zakat, kecuali melebihi uruf (adat kebiasaan setempat).
Zakat akan dikenakan atas lebihan setelah ditolak uruf. (Contoh: Uruf di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah nilai 150gram emas bersamaan
dengan RM6,500).
QADHA ZAKAT
Seseorang boleh membayar zakat yang tertunggak dari
tahun-tahun yang lepas dan dikenali sebagai Qadha Zakat. Kadarnya adalah
sama iaitu 2.5%. Tiada sebarang denda atau penalti dikenakan.
ZAKAT HARTA
Zakat juga boleh dibayar dengan menyatukan beberapa jenis
zakat sebagai Zakat Harta. Contohnya membayar zakat pendapatan, zakat
wang simpanan, zakat saham dan zakat KWSP. Semuanya dikategorikan
sebagai zakat harta.
|