| |
Kematian Memiliki
Wasiat |
Kematian Tanpa
Wasiat |
|
1. |
Mereka yang bukan waris seperti
anak angkat, anak tiri, keluarga mualaf yang masih belum memeluk
Islam, dan mereka yang selama ini bergantung kepada anda boleh
diperuntukkan wasiat untuk mereka. |
Mengikut hukum Islam, mereka yang
tergolong dalam kumpulan ini tidak mempunyai hak di bawah hukum
faraid. Mereka mungkin akan mengalami kesukaran tanpa sokongan
anda lagi selepas ketiadaan anda.
|
|
2. |
Anda mempunyai hak untuk melantik
wasi/pentadbir pusaka pilihan anda sendiri yang anda yakini
untuk mentadbir pusaka anda & melaksanakan pelbagai hasrat anda,
serta menjamin hak & kepentingan orang-orang kesayangan anda.
|
Mahkamah dan undang-undang akan
menentukan untuk anda. Kemungkinan tidak sepertimana pilihan
anda. |
|
3. |
Tidak akan berlaku perselisihan
atau ketidakpuasan hati di kalangan keluarga mengenai pemilihan
pentadbir kerana ia adalah atas pilihan anda sendiri. |
Kemungkinan akan berlaku konflik
keluarga terhadap perlantikan pentadbir pusaka yang mengakibatkan
perbalahan dan tidak mendapat kerjasama yang baik di kalangan
ahli keluarga.
|
|
4. |
Anda boleh melantik penjaga bagi
anak-anak anda di bawah umur mengikut pilihan anda supaya mereka
dapat memastikan sokongan, kesihatan dan pendidikan anak-anak
anda terjamin.
|
Mahkamah dan undang-undang akan
menentukan untuk anda. Kemungkinan tidak sepertimana pilihan
anda. |
|
5. |
Tidak memerlukan penjamin untuk
mendapatkan 'Grant of Probate' (Surat Kuasa Mentadbir Pusaka). |
Dua penjamin diperlukan bagi
mendapatkan 'Letter of Administration'. Setiap penjamin tersebut
mestilah mempunyai aset menyamai nilai harta kasar simati. Ini
tentunya akan menyulitkan dan melambatkan lagi proses
pentadbiran pusaka.
|
|
6. |
Kos guaman untuk memohon 'Grant of
Probet" lebih murah. |
Kos guaman untuk mendapatkan
'Letter of Administration' (LA) lebih mahal.
|
|
7. |
Dengan adanya wasiat, keseluruhan
proses penyelesaian pusaka mengambil tempoh masa yang singkat
hanya dalam beberapa bulan. |
Proses pentadbiran pusaka akan
mengambil masa yang lebih lama, mungkin bertahun-tahun.
Kemungkinan aset akan mengalami kemerosotan nilai ketika LA
diperolehi.
|
|
8. |
Orang-orang kesayangan anda
terlindung daripada masalah kewangan. |
Keluarga anda mungkin akan
menghadapi kesukaran kewangan yang serius!!!
|