|   Laman Utama   |   P1-Pelaburan   |   P2-Perlindungan   |   P3-Penyucian   |   P4-Pewarisan   |   Pesanan Perkhidmatan   |   Peluang Kerjaya  |   Taklimat    | 

   

PERKHIDMATAN

 

PELAN PELABURAN

PELAN PERLINDUNGAN

  PELAN PENYUCIAN

PELAN PEWARISAN

 

 

 

 

 

 

 

P E R K H I D M A T A N   K A M I

 

  

 

MODEL MUAMALAT MUKMIN

 

Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, WarisanMUKMIN telah membentuk model perkhidmatannya tersendiri dalam bidang pengurusan kekayaan & kewangan peribadi yang berlandaskan prinsip syariah yang dikenali sebagai Model Muamalat MUKMIN (3M).

Model ini adalah bersandarkan kepada konsep pemilikan dan pengurusan harta di dalam Islam. Model Muamalat ini merujuk kepada sektor-sektor kewangan peribadi yang penting untuk diuruskan oleh seseorang individu Muslim bagi mencapai kecemerlangan ekonominya.

Model ini juga ingin menghasilkan Perunding Muamalat Peribadi yang amanah dan berilmu untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, serta menawarkan pakej kewangan yang lebih luas, lengkap dan bersepadu yang mampu meningkatkan keberkesanan dan pulangan yang lebih baik terhadap aktiviti-aktiviti muamalat yang dilakukan.

Bagi merealisasikan objektif ini, WarisanMUKMIN begitu selektif dalam pemilihan Rakan Strategik dan memilih HANYA YANG TERBAIK. Terdapat empat komponen utama di dalam Model ini iaitu:

1.   PELAN PEWARISAN MUKMIN

Islam memberi penekanan dan panduan dalam urusan pewarisan harta oleh seseorang Muslim. Bidang pengurusan pewarisan ini merupakan aspek yang paling terkebelakang berbanding produk-produk muamalat yang lain dan sering ditinggalkan dalam bidang pengurusan kewangan. Oleh kerana itu, pelan ini (pengurusan pewarisan harta menurut syariat Islam) menjadi keutamaan dan tumpuan WarisanMUKMIN dalam perkhidmatannya. WarisanMUKMIN menjadikan Pelan ini sebagai 'door opener' untuk menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam pelan ini ialah penulisan Wasiat secara Islam, hibah, wakaf, faraid, pewarisan perniagaan, pengamanahan, penyelesaian pusaka dan pengiraan zakat sebelum pembahagian pusaka.

Untuk tujuan ini, WarisanMUKMIN menjadi Ejen Korporat kepada AMANAH RAYA BERHAD.

 

Penulisan Wasiat AmanahRaya

 

AmanahRaya

 

2.   PELAN PELABURAN MUKMIN

Islam menggalakkan umatnya memperkembangkan harta yang dimiliki bagi meningkatkan tahap keupayaan umat Islam melalui kekuatan ekonomi. Salah satu daripada kaedah yang boleh dilakukan ialah melalui aktiviti pelaburan. Dalam konteks ini, WarisanMUKMIN telah bekerjasama dengan PHILLIP MUTUAL BERHAD, sebuah syarikat bertaraf IUTA (Institutional Unit Trust Agent) untuk menawarkan perkhidmatan yang luas dan menyeluruh merangkumi pelbagai dana Unit Amanah yang terdapat di Malaysia.

 

 

RAKAN STRATEGIK BERSAMA PHILLIP MUTUAL BERHAD

 

 

  AmanahRaya Unit Trust Management Sdn Bhd

  CIMB-Principal Asset Management Berhad

 

  ASM Investment Services Berhad

  CMS Trust Management Berhad

 

  AmMutual Berhad

  ING Funds Berhad

 

  Alliance Investment Management

  RHB Investment Management Sdn Bhd

 

  Avenue Oneinvest

  TA Investment Management Berhad

 

  OSK-UOB Unit Trust Management Berhad

  Prudential Fund Management Berhad

 

  HwangDBS Investment Management Berhad

  Kenanga Unit Trust Berhad

 

  PHEIM Unit Trusts Berhad

  KAF Fund Management Berhad

 

 

3.   PELAN PERLINDUNGAN MUKMIN

Kehidupan ini sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko musibah, kemalangan dan bencana, baik kepada harta kekayaan mahupun kepada diri dan nyawa seseorang. Sebagai langkah berikhtiar dan berusaha, seorang Mukmin itu harus berusaha dan merancang untuk mencari jalan bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikulnya atau ahli keluarganya jika musibah melanda. Salah satu daripada kaedah untuk mengelak atau mengurangkan risiko ini ialah melalui perlindungan Takaful yang menepati prinsip-prinsip Syariah. Untuk menawarkan produk Takaful kepada para pelanggannya, WarisanMUKMIN merupakan Perunding Takaful kepada MAA TAKAFUL BERHAD dan Ejen Korporat TAKAFUL MALAYSIA BERHAD.

 

 

 

4.   PELAN PENYUCIAN MUKMIN

Islam bukan hanya mementingkan persoalan bagaimana sesuatu harta itu diperolehi tetapi juga bagaimana harta tersebut digunakan atau dibelanjakan. Seorang Mukmin dituntut menunaikan beberapa hak dan tanggungjawab terhadap harta yang dimiliki bagi tujuan penyucian harta tersebut. Justeru itu, WarisanMUKMIN turut menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti zakat, wakaf, infaq, haji dan umrah yang boleh menyucikan harta dan diri seseorang Mukmin. Dalam hal ini, WarisanMUKMIN menjalinkan kerjasama rapat dengan Institusi-institusi yang berkaitan seperti MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com