|
Wasiat yang disediakan oleh WarisanMUKMIN
adalah Wasiat AmanahRaya iaitu
wasiat yang ditulis oleh pihak AmanahRaya sendiri. Hanya terdapat
dua jenis produk Wasiat AmanahRaya iaitu Wasiat untuk orang Islam dan
Wasiat untuk orang Bukan Islam.
Pada dasarnya, Wasiat AmanahRaya yang
disediakan bagi kedua-dua jenis tersebut samada Wasiat Islam atau Wasiat
Bukan Islam ialah WASIAT KOMPREHENSIF sahaja. Bagaimana pun, oleh kerana
orang ramai pada kebiasaannya perlu mengambil masa yang agak lama untuk
menyenarai dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam
penyediaan wasiat yang komprehensif, sehingga dikhuatiri mereka tidak
sempat untuk menyiapkannya sebelum ajal (malang tidak berbau), maka
adalah digalakkan orang ramai menyediakan Wasiat Asas terlebih dahulu.
WASIAT ASAS
Kandungan:
· Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi dan Pemegang Amanah
· Tugas dan
Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi
Kepentingan & Manfaat:
· Wasiat
paling asas untuk melantik wasi yang amanah dan dipercayai supaya dapat
mengambil tanggungjawab menjalankan proses pentadbiran harta pusaka
selepas kematian pewasiat
· Mengelak
daripada berlakunya pentadbir yang tidak amanah menguruskan pusaka
simati
· Mengelak
perebutan sebagai penjaga kepada anak-anak bawah umur dan menjamin
supaya tidak berlakunya keadaan ‘memakan harta anak yatim’ oleh penjaga
yang tidak amanah
· Secara
umumnya, dengan perlantikan wasi yang amanah maka separuh daripada
masalah pentadbiran pusaka dapat diselesaikan
WASIAT
KOMPREHENSIF
Kandungan:
· Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi dan Pemegang Amanah
· Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
· Senarai
Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
· Senarai
Lengkap Aset, Pemiutang dan Liabiliti
· Mewasiatkan Harta (terhad 1/3 harta pusaka bersih)
· Pengisytiharan Harta Sepencarian
· Wasiat mengenai Iman & Akidah, kata-kata nasihat dan sebagainya
· Klausa-Klausa Lain
Mengikut Keperluan Pewasiat
· Tugas dan
Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi
Kepentingan & Manfaat:
· Mendapat
manfaat sepertimana terkandung dalam Wasiat Asas
· Memudahkan
wasi menguruskan harta yang telah lengkap disenaraikan
· Menjamin
segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh wasi (menghindar roh
terpenjara di kubur – hadis Rasulullah)
· Menjamin
hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau
tujuan amal jariah ditunaikan
Klausa Pengisytiharan
Harta Sepencarian:
· Mempercepat
proses mendapatkan hak harta sepencarian
· Menjamin
hak harta sepencarian pasangan diperolehi sepertimana dikehendaki dalam
pengisytiharan
· Menjamin
pasangan mempunyai harta yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan dan
menguruskan anak-anak
· Mengelak
pasangan daripada turun-naik mahkamah bagi membuktikan sumbangannya
dalam menghasilkan harta bersama
· Sangat-sangat
diperlukan lebih-lebih lagi bagi manfaat isteri yang tidak bekerja (suri
rumah)
KOS
WASIAT
Wasiat Islam - RM350.00
Wasiat Bukan Islam -
RM350.00
KOS PINDAAN
Bagi kedua-dua Wasiat Islam
atau Wasiat Bukan Islam:
Pindaan Pertama dan Kedua -
PERCUMA
Pindaan Ketiga - RM50.00
Pindaan Keempat dan Seterusnya - RM25.00
KOS PENYIMPANAN WASIAT
PERCUMA
Nota: Kos-kos ini
merupakan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan wasiat yang
disediakan oleh syarikat-syarikat swasta lain yang terdapat di pasaran.
INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PENULISAN WASIAT ISLAM KAMI
?
Sila berhubung dengan
Rakan Perunding Bertauliah
kami,
atau membuat pesanan secara
Online.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Kempen Tahun
Menulis Wasiat |
|
Saya berminat
membuat
wasiat/hibah |
|
Perunding PKI
Wasiat & Hibah |
| |

.gif) |
|

.gif) |
|

.gif) |
Topik-Topik Mengenai Wasiat:
|
Pengertian Wasiat |
Keperluan Wasiat
| Lagi Wasiat
| Perbandingan
|
| Produk
Wasiat AmanahRaya |
Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:
|
Faraid
| Hibah |
Pusaka
|
|