|

Sekiranya wasiat telah dibuat oleh simati maka proses
pentadbiran adalah lebih pantas di mana Geran Probet akan terus
diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Ini adalah mengikut Akta Probet dan
Surat Pentadbiran Pusaka 1959 yang terpakai untuk semua orang, tidak
kira Islam atau tidak. Permohonan Geran Probet boleh dipohon oleh wasi
yang dinamakan di dalam wasiat simati (pewasiat). Di dalam permohonan
ini, Mahkamah tidak memerlukan sebarang penjamin lagi.
Bagi wasiat orang Islam ianya adalah mengikut hukum
syarak. Setakat ini, hanya Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang
mempunyai enakmen mengenai wasiat untuk umat Islam iaitu Enakmen Wasiat
Orang Islam (Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004.
Walaupun
begitu, format wasiat Islam ini secara umumnya diterima pakai di
negeri-negeri lain di Malaysia.
Menurut
prinsip Wasiat Islam, pembahagian sehingga 1/3 daripada aset bersih
simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris atau waris yang terdinding,
dan bakinya hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid
atau melalui permuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan
pewasiat. Dengan wasiat yang disediakan, pentadbir yang dinamakan hanya
perlu memperolehi Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah dan menyertakannya
bersama dokumen lain seperti surat mati dan wasiat kepada mahkamah untuk
diberikan Geran Probet dan membolehkan pembahagian diteruskan.
Tempoh penyelesaian adalah lebih cepat antara 6 bulan
ke setahun berbanding tanpa sebarang wasiat.
INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
?
Sila hubungi
Rakan Perunding Bertauliah
kami
atau tel: 03-55125886
atau emel ke info@warisanmukmin.com
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Kempen Tahun
Menulis Wasiat |
|
Saya berminat
membuat
wasiat/hibah |
|
Perunding PKI
Wasiat & Hibah |
| |

.gif) |
|

.gif) |
|

.gif) |
Topik-Topik Mengenai Harta Pusaka:
Pusaka Tanpa
Wasiat |
Pusaka Dengan
Wasiat |
Rajah Pusaka
Topik Lain Pelan Pewarisan MUKMIN:
Faraid
| Hibah | Wasiat
|