PELAN PELABURANPELAN PERLINDUNGAN  PELAN PENYUCIANPELAN PEWARISAN

KONSEP UNIT AMANAHJENIS-JENIS DANAPROFIL RISIKO PELABURSKIM PELABURAN KWSPPHILLIP MUTUAL BERHAD

 

Menu Utama

 

 

  Laman Utama

  Info Unit Amanah

  Platform IUTA - Phillip Mutual

  Pesanan Perkhidmatan

  Kerjaya Perunding Pelaburan

 Perunding Kewangan Islam

  Pendaftaran Rakan

  Taklimat & Kursus

  Perkhidmatan Kami

  Hubungi Kami

   

 

 

SEMAK

  Jumlah Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Unit Amanah Melalui

Akaun 1 KWSP Anda

 

 

 

 

SEMAK

  Senarai Harga Semasa

Unit Amanah

 

 

 

 

FBM KLCI -

Bursa Malaysia Hari Ini

 

http://chart22.shareinvestor.com/charts_static/MY/200.X/200.X.bursamalaysia.home.1D.1min.delay15.png

 

Sumber; Bursa Malaysia

 

 
 
 

 

 

 

 

SKIM PELABURAN AHLI KWSP

 

 

 

PENGENALAN

SKIM PELABURAN AHLI KWSP

 

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

DEFINISI SIMPANAN ASAS

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan belum mencapai umur 55 tahun.

  2. Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

  3. Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.

  4. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

  5. Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

 

JADUAL SIMPANAN ASAS DALAM AKAUN 1 KWSP

UMUR (TAHUN)

 SIMPANAN ASAS (RM)

  UMUR (TAHUN)

 SIMPANAN ASAS (RM)

18

1,000

 

37

34,000

19

2,000

 

38

37,000

20

3,000

 

39

41,000

21

4,000

 

40

44,000

22

5,000

 

41

48,000

23

7,000

 

42

51,000

24

8,000

 

43

55,000

25

9,000

 

44

59,000

26

11,000

 

45

64,000

27

12,000

 

46

68,000

28

14,000

 

47

73,000

29

16,000

 

48

78,000

30

18,000

 

49

84,000

31

20,000

 

50

90,000

32

22,000

 

51

96,000

33

24,000

 

52

102,000

34

26,000

 

53

109,000

35

29,000

 

54

116,000

36

32,000

 

55

120,000

 

SEMAK

  Jumlah Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Unit Amanah Melalui

Akaun 1 KWSP Anda

 

 

CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN

 

AHLI UMUR SIMPANAN DI AKAUN 1 (RM) SIMPANAN ASAS (RM)

PENGIRAAN: (Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas)

x 20%

KELAYAKAN AHLI

A

22

4,000 5,000

-

TIDAK LAYAK. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas

B 22 8,000 5,000

(8,000 - 5,000)

x 20%

= RM600

TIDAK LAYAK. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000

C 25 20,000 9,000

(20,000 - 9,000)

x 20%

= RM2,200

LAYAK.

Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200

D 40 40,000 44,000 -

TIDAK LAYAK. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas

E 45 100,000 64,000

(100,000 - 64,000)

x 20%

= RM7,200

LAYAK.

Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200

 

(Untuk mengetahui berapakah jumlah yang boleh anda keluarkan untuk membuat pelaburan Dana Saham Amanah melalui Skim Pengeluaran Pelaburan KWSP anda, SILA KLIK DI SINI)

 

SEMAK

  Jumlah Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Unit Amanah Melalui

Akaun 1 KWSP Anda

 

 

 

WarisanMUKMIN

memperkenalkan program

 

Smart Switching

 

Akaun 1 KWSP >>> Dana Unit Amanah Islam

 

 

 

8 KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP

 

1.       MENEPATI SYARIAH

Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Pengurus-Pengurus Dana berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2.       PULANGAN LEBIH TINGGI

Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana Public Ittikal dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!

Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3.       TIDAK GANGGU WANG POKET

Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.

4.       MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA

Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

5.       NILAI TAMBAH

Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di Institusi Pengurus Dana kami. Di antaranya, melalui pelaburan di dalam dana Public ITTIKAL atau Public Islamic Balanced, anda akan memperolehi perlindungan Takaful secara PERCUMA yang melindungi risiko Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kemalangan Diri Berkelompok sehingga RM100,000 berdasarkan jumlah unit pelaburan yang diambil.

6.       KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN

Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.

7.       WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI

Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

8.       KEPUASAN MENGURUS SENDIRI

Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !

 

KEKERAPAN MELABUR DARI SIMPANAN KWSP

Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat.

 

PENJUALAN BALIK DAN KEUNTUNGAN PELABURAN

Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.

 

 

 
       
 

Saya berminat

membuat pelaburan

 

Kerjaya Perunding PKI - Pelaburan

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com

 

 

Pautan Pantas

 

 

 

 

 

 

 

PERUNDING PKI -

PELABURAN