PELAN PELABURANPELAN PERLINDUNGAN  PELAN PENYUCIANPELAN PEWARISAN

KONSEP TAKAFULTAKAFUL VS INSURANMAA TAKAFULTAKAFUL KELUARGATAKAFUL AM

 

Menu Utama

 

 

  Laman Utama

  Info Takaful

  Pesanan Perkhidmatan

  Kerjaya Perunding Takaful

 Perunding Kewangan Islam

  Pendaftaran Rakan

  Taklimat & Kursus

  Perkhidmatan Kami

  Hubungi Kami

   

Dapatkan Quotation PERCUMA!

 
Nama:
HP:
Emel:
T.Lahir:
Negeri:
Jantina:
Pekerjaan
Merokok:
Bajet:

Info

Lain:

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

PRODUL TAKAFUL AM

 

 

 

IKHLAS MOTOR TAKAFUL

IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL

DOWNLOAD RISALAH SEMUA PRODUK TAKAFUL AM IKHLAS

 

 

IKHLAS MOTOR TAKAFUL

Pengenalan

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.

Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.

IKHLAS MOTOR menawarkan dua jenis perlindungan motor yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR dan IKHLAS THIRD PARTY TAKAFUL.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor Takaful?

1. IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

2. IKHLAS THIRD PARTY MOTOR
Ia melindungi amaun yang sepatutnya ditanggung oleh anda atau pemandu yang dibenarkan oleh anda terhadap kematian, kecederaan, kerosakan harta pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

3. FAEDAH PILIHAN
Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
Liabiliti Penumpang

  > Kerosakan Cermin Pecah
  > Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
  > Banjir dan Ribut
  > Sistem Radio Kaset

Mengapa memilih IKHLAS Motor Takaful?

Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).

Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.

E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.
 

P/S: Maklumat penuh boleh dilihat di dalam Risalah. Sila download risalah untuk keterangan lanjut.

Download Risalah

Ke atas 

 

 

IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL


Pengenalan

Dengan IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL, anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku. (Pelan ini bukan sahaja melindungi pemandu malah penumpangnya daripada kecederaan badan atau kehilangan nyawa ketika memandu, menaiki atau menuruni dari kenderaan).

Carta Faedah :

 
Faedah PELAN
  A B C D E
Kematian & kehilangan upaya kekal
10,000.00
20,000.00
30,000.00
40,000.00
50,000.00
Kehilangan kedua tangan atau kaki 10,000.00 20,000.00 30,000.00 40,000.00 50,000.00
Kehilangan penglihatan kedua belah mata
10,000.00
20,000.00
30,000.00
40,000.00
50,000.00
Kehilangan penglihatan sebelah mata dan sebelah tangan atau kaki 10,000.00 20,000.00 30,000.00 40,000.00 50,000.00
Kehilangan sebelah tangan atau kaki
5,000.00
10,000.00
15,000.00
20,000.00
25,000.00
Kehilangan penglihatan sebelah mata
5,000.00
10,000.00
15,000.00
20,000.00
25,000.00
 
 

Kenapa Memilih IKHLAS Motorist P.A. Takaful?

Penyertaan Yang Mudah dan Cepat
Cuma pilih perlindungan yang anda inginkan dan anda akan dilindungi dengan serta-merta!

Syarat Kelayakan
Usia dikeluarkan : 1 – 75 tahun, umur di harijadi berikutnya
Kelas Pekerjaan : 1, 2 & 3

Carta Sumbangan:

 

Carta Pelan Manfaat dan Sumbangan
Pelan Sumbangan setiap kenderaan Manfaat setiap peserta
A
40.00
10,000.00
B
80.00
20,000.00
C
120.00
30,000.00
D
160.00
40,000.00
E
200.00
50,000.00
 
 

 

 

 
  • Jumlah orang yang dilindungi bagi setiap kenderaan terhad kepada 5 (termasuk pemandu / pemandu yang dibenarkan).
  • Penambahan orang dibenarkan tertakluk kepada penambahan sumbangan (RM10.00 seorang).
  • Nombor maksima bagi orang tambahan tertakluk kepada kapasiti tempat duduk yang dibenarkan oleh terma dan syarat JPJ.

Nota pengecualian:
Maklumat ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran penuh.

 

P/S: Maklumat penuh boleh dilihat di dalam Risalah. Sila download risalah untuk keterangan lanjut.

Download Risalah

Ke atas 

 

Download Risalah

Produk-Produk IKHLAS Takaful Am

 

       
IKHLAS Motor Takaful
Saiz: 2,373 KB (format: pdf)
 
IKHLAS Bigbike Takaful
Saiz: 2,870 KB (format: pdf)
IKHLAS Motorist PA Takaful
Saiz: 855 KB (format: pdf)
 
IKHLAS Kembara P.A. Takaful
Size: 2,355 KB (format: pdf)
IKHLAS Fire Takaful
Saiz: 2,026 KB (format: pdf)
 
IKHLAS Perdana P.A. Takaful
Saiz: 2,180 KB (format: pdf)
IKHLAS Niaga Takaful
Saiz: 3,204 KB (format: pdf)
 
IKHLAS Medic Assist Takaful
Size: 4,944 KB (format: pdf)
IKHLAS Personal Accident Takaful
Saiz: 2,104 KB (format: pdf)
Saiz: 2,318 KB (format: pdf)
 
 

IKHLAS Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS)
Saiz: 2,086 KB (format: pdf)

   
 

 

Ke atas 

 

 
       
  Produk-Produk Takaful Ikhlas  

Saya berminat mengambil polisi takaful

 

Kerjaya Perunding PKI - Takaful

   

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com

 

 

 

MODEL MUAMALAT

MUKMIN