PELAN PELABURANPELAN PERLINDUNGAN  PELAN PENYUCIANPELAN PEWARISAN

KONSEP TAKAFULTAKAFUL VS INSURANMAA TAKAFULTAKAFUL KELUARGATAKAFUL AM

 

Menu Utama

 

 

  Laman Utama

  Info Takaful

  Pesanan Perkhidmatan

  Kerjaya Perunding Takaful

 Perunding Kewangan Islam

  Pendaftaran Rakan

  Taklimat & Kursus

  Perkhidmatan Kami

  Hubungi Kami

   

Dapatkan Quotation PERCUMA!

 
Nama:
HP:
Emel:
T.Lahir:
Negeri:
Jantina:
Pekerjaan
Merokok:
Bajet:

Info

Lain:

 

 

 
 

 

 
 

 

 

 

 

 

PRODUK TAKAFUL KELUARGA

 

 

Produk-Produk Takaful Keluarga IKHLAS

 

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL

IKHLAS PREMIER INVESTMENT-LINK TAKAFUL

IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINK TAKAFUL

IKHLAS WANITA TAKAFUL

 

 

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL (IST)

Pengenalan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•  Tahap perlindungan bertempoh
•  Akaun Pelaburan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).
 

Untuk maklumat lengkap mengenai IKHLAS SAVINGS TAKAFUL, sila download risalah.

Download Risalah

Ke atas 


 

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL

 

 

Pengenalan

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education?

IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga 12 tahun.

IKHLAS EDUCATION menyediakan faedah-faedah berikut:

TEMPOH MATANG FLEKSIBEL
Anda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di antara 18 hingga 23 tahun.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari tahun ke-enam.

MANFAAT BAGI TEMPOH MATANG
Apabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

KEMATIAN
Sekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

PENGECUALIAN SUMBANGAN
Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan fleksibel.

Mengapa IKHLAS Education?

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).
 

Kecermelangan Pencapaian Anugerah
Kategori peperiksaan Had minimum Manfaat
 UPSR (Darjah 6) 5A RM100 setiap A
PMR (Tingkatan 3) 7A RM100 setiap A
SPM (Tingkatan 5) 7A RM100 setiap A


PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

Untuk maklumat lengkap mengenai IKHLAS EDUCATION TAKAFUL, sila download risalah.

Download Risalah

Ke atas 


 

IKHLAS PREMIER

INVESTMENT-LINKED TAKAFUL

 

Pengenalan

Bayangkan kemungkinan memiliki kekayaan dengan sumbangan yang kecil sahaja setiap bulan.

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful memberikan anda ketenangan fikiran dengan perlindungan kewangan yang sewajarnya menerusi pelaburan di dalam mana-mana 3 dana pelaburan kami, iaitu Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.

Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful?

Peluang untuk Meraih Pendapatan yang Lebih Lumayan
Dengan hanya RM100 sebulan, anda sedang mengorak langkah ke arah menjamin masa depan yang diingini dengan perlindungan kewangan yang diperlukan seandainya berlaku sebarang bencana yang boleh membawa kepada kematian ataupun TPD (Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)*
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul di dalam semua unit saham akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat.
* Tertakluk kepada terma dan syarat

Mengapa IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful?

Pengeluaran Tunai
Amaun pengeluaran minimum ialah RM 500.00*. Pengeluaran separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM 3,000.00 di dalam semua unit saham.

* Fi pengeluaran akan dikenakan (maksimum RM50) untuk setiap urusniaga.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut :

Amaun Minimum : RM 500.00

Amaun Maksimum : 5 kali ganda sumbangan tahunan untuk setiap tahun.

Penamatan
Sijil Perakuan atau peserta mencapai umur 80 tahun pada hari lahir berikutnya ataupun apabila faedah bayaran kematian atau TPD dibuat

Fi Tukar Ganti (setiap tahun sijil perakuan)
Tukar ganti pertama : Percuma
Tukar ganti berikutnya : RM 50.00 untuk setiap tukar ganti.

Syarat dan Had Umur
 

Umur Penyertaan :

Pemilik sijil Perakuan : 18 - 60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.
Peserta : 1-60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.


Had Penyertaan :

Sumbangan Minimum Tahunan - RM 1,200.00
Sumbangan maksimum adalah tertakluk kepada keputusan penanggung jaminan.


Umur Tamat Tempoh Penyertaan :

Apabila peserta mencapai umur 80 tahun, hari lahir berikutnya.


Jumlah Perlindungan :

Jumlah Perlindungan Minimum - 5 x Sumbangan Tahunan (atau setara dengan RM6,000.00).
Jumlah Perlindungan Maksimum - 50 x Sumbangan Tahunan (tertakluk kepada keputusan pengunderaitan).

Adakah caruman yang dibayar diberi pelepasan cukai?

Caruman yang dibayar diberi Pelepasa Cukai, beserta Takaful Keluarga / Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Untuk maklumat lengkap mengenai IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful, sila download risalah.

Download Risalah

Ke atas 

 

 

IKHLAS CAPITAL

INVESTMENT-LINKED TAKAFUL

 

 

Pengenalan

Kini, hanya dengan sekali caruman sahaja, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih lumayan ke atas pelaburan anda menerusi IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful, iaitu sebuah pelan yang memberikan tambah nilai kepada modal serta perlindungan secara serentak. Terdapat tiga (3) jenis dana untuk pelaburan, yakni Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.

Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Capital Investment-linked Takaful?

Pulangan & Perlindungan Tertinggi ke atas Pelaburan Anda
Untuk sekali sahaja bermula dengan pelaburan RM5,000.00, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama ke arah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).

Faedah Kematian atau TPD*
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan (bersamaan dengan 125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul dalam semua dana saham, bergantung kepada yang mana lebih tinggi) akan dibayar kepada peserta ataupun keluarga terdekat.

* Tertakluk kepada syarat

Mengapa IKHLAS Capital Investment-linked Takaful?

Pengeluaran Wang Tunai
Amaun pengeluaran minimum ialah RM500.00. Pengeluaran separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM3,000.00 dalam semua dana amanah. Caj untuk urus niaga pengeluaran adalah seperti berikut (tertakluk kepada caj maksimum sebanyak RM50.00 untuk setiap pengeluaran).:
 

Caj Pengeluaran

Tahun 1 2 3 Selepas
Caj 3% 2% 1% 0%


Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut:
Amaun Minimum: RM500.00
Amaun Maksimum: 5 kali caruman tunggal untuk setiap tahun
Penambahan sumbangan akan digunakan untuk membeli
saham pelaburan tambahan dan/atau perlindungan tambahan.

Penamatan
Sijil Perakuan akan tamat setelah diserahkan atau apabila bayaran kematian atau TPD dibuat.

Fi Tukar Ganti (setiap tahun sijil perakuan)
Tukar Ganti pertama : Percuma
Tukar Ganti berikut : RM50.00 untuk setiap tukar ganti

Syarat dan Had Umur


Umur Penyertaan :

Pemilik Sijil Perakuan: 18 - 60 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.
Peserta : 1 - 60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya


Had Penyertaan :

Minimum - RM5,000.00.
Maksimum - tertakluk kepada keputusan penaja jaminan gandaan RM500.00


Tempoh Tamat :

Apabila peserta mencapai umur 80
Umur Penyertaan tahun, umur pada hari lahir berikutnya


Jumlah :

125% daripada caruman tunggal campur.
Perlindungan amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul, bergantung kepada yang mana lebih tinggi.
 

Untuk maklumat lengkap mengenai IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful, sila download risalah.

Download Risalah

Ke atas 

 

 

IKHLAS WANITA TAKAFUL

 

 

Pengenalan

Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.
 

Jenis Pelan Had Sepanjang Hayat Kriteria
Plan A RM50,000.00 Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B RM100,000.00 Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C  RM50,000.00 Tanpa Faedah Kehamilan*
Plan D RM100,000.00 Tanpa Faedah Kehamilan*


Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?

Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan.

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
* Semua faedah lain akan terhenti


Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?

Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.

Had Umur dan Penyertaan


Umur Penyertaan :

16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.


Had penyertaan :

Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.


Umur Tamat Tempoh Penyertaan :

Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.


Syarat Perlindungan :

15 – 49 tahun.

Untuk maklumat lengkap mengenai IKHLAS Wanita Takaful, sila download risalah.

Download Risalah

Ke atas 

 

 

Sertailah Sekarang!

 

 
       
  Produk-Produk Takaful Ikhlas  

Saya berminat mengambil polisi takaful

 

Kerjaya Perunding PKI - Takaful

   

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-5512-5886; H/P: 012-924-1160

Emel: info@warisanmukmin.com

 

 

 

MODEL MUAMALAT

MUKMIN